Awal bulan ini, paus beluga menjadi tajuk utama selepas dikatakan berpaling dari tentera Rusia dan ditemui di perairan pantai Norway.

FISKERIDIREKTORATET

Paus itu ditemui oleh nelayan Norway, tidak lebih daripada beberapa batu dari pelabuhan berhampiran Hammerfest. Paus tersebut dilaporkan dipasang tali pinggang, yang dikatakan bertujuan untuk diletakkan kamera atau senjata, dengan kata-kata ‘Equipment St Petersburg‘ di atasnya.

FISKERIDIREKTORATET

Kemunculan paus tersebut di perairan telah menarik perhatian penduduk tempatan. Menurut pakar, yang percaya paus tersebut telah dilatih untuk tujuan tertentu – oleh tentera atau sebaliknya – risau paus tersebut sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan di alam liar.

FISKERIDIREKTORATET

Sama ada paus itu dihantar oleh tentera atau tidak, ternyata mamalia tersebut memiliki jiwa yang murni, dan telah membantu seorang pelancong yang cemerkap, Ina Mansika.

Ketika Ina Mansika dan rakan-rakannya menuju ke Hammerfest untuk melihat kemunculan paus beluga di perairan tersebut, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku.

Ina dan kawan-kawannya berjaya menemui paus beluga itu, tetapi malangnya, telefon milik Ina terjatuh ke dalam laut dari poket jaketnya.

Apa yang mengejutkan, paus beluga itu menyelam untuk mengambilnya dan tidak lama selepas itu kembali ke permukaan dengan telefon Ina di mulutnya, dan mengembalikan telefon itu kepada Ina.

Paus beluga tersebut dapat dilihat di permukaan

Isa Opdahl|Instagram

Paus beluga tersebut muncul di permukaan dengan telefon milik Ina di mulutnya

Isa Opdahl|Instagram

Paus beluga tersebut kelihatan begitu gembira dapat membantu Ina mendapatkan telefonnya kembali

Isa Opdahl|Instagram

Sayangnya, kerosakan air telah menjadikan telefon itu tidak dapat digunakan, tetapi Ina sangat menghargai niat baik paus beluga itu: “Saya suka haiwan!” dia berkata. “Paus tersebut sangat baik.”

Isa Opdahl yang merakamkan video menakjubkan itu, memuat naiknya ke Instagram dengan kapsyen “apabila haiwan lebih baik daripada manusia.”

Tonton video tersebut di bawah:

Sumber: The Sun, Unilad, The Dodo

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular