Nasib seekor kucing terbiar di jalanan akhirnya berubah setelah terdapat insan yang baik hati membantu dengan mengumpannya menggunakan wantan atau dumpling.

Beberapa minggu yang lalu, seekor kucing betina didapati sering merayau-rayau berhampiran dengan sebuah kompleks beli belah di Amerika Syarikat.

Coastal Bend Cat Rescue

Beberapa perangkap telah dipasang oleh pasukan penyelamat bagi menangkap, menjaga dan melepaskan kembali kucing berkenaan. Namun nampaknya kucing itu seperti mengetahui situasi tersebut dan mengelakkan diri daripada diperangkap.

Kucing berkenaan kemudiannya melintas jalan dan mundar-mandir menuju ke beberapa restoran bagi mencari sisa makanan. Seorang warga tempatan yang baik hati telah melihat gambarnya di media sosial dan ditakdirkan menjumpai kucing betina tersebut.

Coastal Bend Cat Rescue

Dia juga berjaya ‘memujuk’ kucing itu untuk memasuki sangkar pembawa kucing menggunakan umpan wantan. Nampaknya kucing baka Tabby tersebut begitu kebulur dan akhirnya akur dengan bantuan yang diberikan. Kucing berkenaan kemudiannya telah diletakkan dibawah jagaan Coastal Bend Cat Rescue yang berpangkalan di Corpus Christi, Texas.

“Kucing tersebut kemudian diberi nama Dumpling dan kami diberi kejutan apabila Dumpling melahirkan beberapa ‘anak dumpling’ yang lain. Dia masih lagi muda dan bersaiz kecil – seberat 6 paun sahaja.

Jelas sekali ia merupakan kehamilan pertamanya sebagai ibu muda. Dia melahirkan 5 ekor anak namun hanya 4 ekor sahaja yang hidup di atas sebuah katil yang cukup selesa di rumah barunya,” jelas Lindsay Haglund selaku penyelaras di pusat berkenaan.

Ibu muda berkenaan sangat letih sehinggakan dia memerlukan bantuan untuk melahirkan dan membersihkan anaknya. “Keluarga angkat Dumpling bukan sahaja sudah menyelamatkan Dumpling, bahkan nyawa anak-anaknya juga,” kata Lindsay.

Coastal Bend Cat Rescue

Beberapa minggu kemudian, mereka sekali lagi menghadapi kesukaran apabila ibu kucing tersebut mula mengalami masalah dalam menyusukan anaknya.

Coastal Bend Cat Rescue

“Di bawah bimbingan veterinar, kami mengasingkan anaknya daripada si ibu dan memberi mereka susu botol bagi membolehkan Dumpling pulih sepenuhnya,” tambah Lindsay.

Coastal Bend Cat Rescue

Namun, berjauhan dengan anak dianggap satu penyiksaan terhadap si ibu. Dumpling seperti berasa sedih dan semahunya ingin mendekati anaknya. “Kami tahu kami perlu berusaha untuk mengelakkan anak dan ibunya bersama bagi menghindari anak kucing tersebut menyusu pada ibunya.”

Keluarga angkat Dumpling juga telah membelikan pakaian yang menghalang anaknya menyusu. Malah ia juga membolehkan Dumpling bergaul dengan anaknya tanpa sebarang sekatan.

Coastal Bend Cat Rescue

Dumpling sangat gembira apabila dapat bersama dengan anak-anaknya semula. “Dia semestinya merupakan ibu terbaik! Kumpulan penyelamat berkenaan juga menyarakan agar langkah untuk mengasikan Dumpling agar ianya tidak berlaku lagi di masa hadapan.

Coastal Bend Cat Rescue

Dumpling nampaknya merupakan seekor kucing yang bertuah. Keluarganya juga sedang berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk kucing kesayangan mereka menjalani kehidupan dengan sempurna.

Anaknya pula sudah mencecah usia 5 minggu. Setelah beratnya sesuai, kesemua anaknya itu bakal diberikan kepada pemilik baru yang mahu membela mereka. Saksikan perjalanan hidup Dumpling menerusi video di bawah:

LoveMeow|YouTube

Sumber: Coastal Bend Cat Rescue, LoveMeow

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular