Sebut sahaja hari ibu pasti ramai yang mula berkira-kira untuk membelikan hadiah atau membuat kejutan buat ibu masing-masing. Walaupun setiap hari adalah ‘hari ibu’ tetapi apabila tibanya 12 Mei pasti akan menjadi lebih istimewa. Pada hari itulah ibu lebih diraikan. Keluarga akan berkumpul bersama dan meraikan ibu dengan hadiah atau kek.

Pada 3 Mei lalu, Sharon Lam, seorang penjual bunga atas talian di Sydney, Australia telah berkongsi gambarnya dengan jambangan hadiah buat ibu mertuanya di Facebook Subtle Asian Traits. Jika bercakap mengenai jambangan pasti yang terbayang di kepala adalah bunga, tetapi lain pula yang dilakukan wanita ini kerana jambangan hadiahnya adalah sesuatu yang lebih unik!

Facebook

Sebagai seorang penjual bunga, dia sering memberikan bunga kepada ibu mertuanya, tetapi dia mahu melakukan sesuatu yang berbeza kali ini. Sharon memutuskan untuk memberikan sesuatu yang boleh dinikmati oleh ibu mertua dan seluruh keluarganya! Jadi dia terus membeli durian sebagai hadiah walaupun dia sebenarnya tidak menggemari buah itu.

Walaupun durian mempunyai duri, dia berjaya menghiasnya menjadi sejambak hadiah yang cukup cantik. Riben dan baby breath diletakkan sebagai penyeri menjadikannya lebih sesuai untuk diberikan sebagai hadiah.

“Ia bukan satu idea baru tetapi ini adalah kali pertama saya melakukan sejambak durian sebagai hadiah, jadi saya agak teruja.”

Menurut Sharon lagi, ipar duainya juga kelihatan lebih teruja melihat hadiah unik tersebut. Mereka nampaknya lebih teruja daripada ibu mertuanya sendiri! Sharon juga yakin bahawa ibu mertuanya akan suka dengan hadiah tersebut.

 Sharon Lam

Sumber: World Of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular