Kebanyakan polis sudah biasa dengan cara mengendalikan anjing pengawal yang dipelihara penjenayah tetapi bagaimana pula dengan burung nuri. Polis Brazil menghadapi masalah ini semasa mengadakan serbuan narkotik di Vila Irmã Dulce, sebuah penempatan kelas rendah di ibu kota negeri Piauí, apabila kegiatan jenayah mereka telah disiul dan dilaung dengan amaran oleh seekor burung nuri sambil menjerit, “Ibu, polis!”

Walaupun amaran mengejutkan itu telah diberikan, pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dikendalikan oleh pasangan penjenayah tersebut dengan burung nuri itu turut ditahan. Salah seorang pegawai polis dalam serbuan itu berkata, “Dia mesti telah dilatih untuk kegiatan ini. Sebaik sahaja polis semakin dekat, burung ini mula menjerit.”

Burung nuri ini ‘ditahan’ oleh polis Brazil kerana memberi amaran kepada pemiliknya semasa serbuan dadah dibuat.

Suspek yang tidak disebut namanya dijumpai berada di dalam sebuah rumah kecil tanpa tingkap, menurut satu laporan dari R7 Brazil. Amaran yang tidak berjaya telah mengakibatkan penangkapan pemiliknya yang merupakan seorang lelaki dan seorang gadis remaja.

Stesen televisyen Brazil juga menyiarkan rakaman polis yang mencatatkan dengan katalog beg-beg kecil berisi dadah sementara burung nuri itu duduk sambil memerhatikannya di atas meja.

Walaupun telah menjalankan usaha terbaik, pihak polis masih tidak dapat membuat burung nuri ini untuk bercakap semasa dalam tahanan. Wartawan Brazil yang bertemu burung itu mengesahkannya dengan mengatakan makhluk ini amat “taat”, kerana “setakat ini dia langsung tidak membuat bunyi … dengan senyap sepenuhnya.”

Pegawai polis yang ‘menahan’ burung nuri yang dikenali sebagai ‘nuri penyeludup’ itu, telah membawanya keluar dari rumah tersebut dengan memegangnya di atas tangan dan kemudian meletakkannya ke dalam sangkar sebelum dipindahkan ke Jabatan Polis Teresina.

GloboNews di Brazil melaporkan bahawa burung nuri tersebut akan dipindahkan ke zoo berdekatan di mana penjaga akan mengajarnya untuk terbang sebelum dibebaskan. Walaupun burung ini tidak lagi berbunyi, ia tidak menghentikan usaha pihak polis daripada terus mencuba mendapatkan maklumat. Seorang doktor haiwan, Alexandre Clark berkata, “Ramai pegawai polis yang telah datang dan dia masih tidak berkata apa-apa.”

Tonton video di bawah.

Programas Meio Norte/YouTube

Sumber : Bored Panda

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular