Jika dilihat kepada kisah-kisah insan yang berjaya, mereka lazimnya bermula dari peringat yang paling asas. Untuk mencapai kejayaan seperti tahap mereka, lazimnya perlu menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran sehinggalah akhirnya berjaya seperti mereka.

Nur Amyza Ismail/Facebook

Semuanya bermula dengan angan-angan, disulami dengan usaha yang tidak berkesudahan, kejayaan pastinya semakin menghampiri sesiapa sahaja yang sanggup menempuhinya. Begitulah juga halnya yang berlaku kepada pasangan usahawan perniagaan ayam yang berasal dari Kelantan ini.

Amyza Ismail, 30, menceritakan kisah perjalanan hidupnya selama 11 tahun menjalankan perniagaan bersama suaminya. Amyza telah berkahwin pada tahun 2008 ketika berusia 19 tahun manakala suaminya berusia 22 tahun pada ketika itu.

Nur Amyza Ismail/Facebook

Menurutnya, kerana tahap pendidikan yang tidak begitu tinggi dan berkahwin pada usia muda, ramai orang memandang rendah kepadanya dan suaminya. Namun, hal itu sedikitpun tidak mematahkan semangat pasangan ini untuk terus berusaha mengembangkan empayarnya.

“Kami buat kedai dengan kayu hutan depan rumah. Pagi berniaga ayam, malam berniaga sate. Memang letih, tapi kami tetap bahagia. Jatuh bangun kami tetap bersama,” tulisnya dalam sebuah kiriman di laman Facebook.

Perjalanan hidup Amyza bertambah perit apabila dia dan suaminya dihalau daripada rumah peninggalan arwah bapanya dan kedainya kerana tidak mempunyai bukti dokumentasi geran tanah.

Nur Amyza Ismail/Facebook

Nur Amyza Ismail/Facebook

Bermula dari titik itu, pasangan ini mula menyimpan wang hasil daripada empat pekerjaan yang dilakukan. Akhirnya, mereka mampu melunaskan bayaran untuk mendapatkan semula tanah peninggalan arwah bapanya.

Nur Amyza Ismail/Facebook

Nur Amyza Ismail/Facebook

Setelah 11 tahun bertungkus-lumus mengusahakan perniagaan ayam, akhirnya Amyza dan suaminya mampu membina mahligai impiannya disamping mengumpul pelbagai aset untuk pelaburan jangka masa panjang.

Nur Amyza Ismail/Facebook

Nur Amyza Ismail/Facebook

Nur Amyza Ismail/Facebook

Ternyata, segala penat lelah yang dilalui oleh pasangan ini sememangnya memberi semangat baharu dan motivasi kepada semua orang. Perasaan berputus asa sepatutnya tidak boleh wujud dalam diri sesiapapun.

Sumber: My Kelantanese/Facebook, Nur Amyza Ismail/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular