Menyusun atur barang-barang di rumah pasti menjadi masalah bagi ramai orang. Anda perlu kreatif untuk menyusun atur barang-barang di rumah supaya tidak kelihatan tunggang-langgang.

Jadi, anda mungkin memerlukan troli comel gaya IKEA ini untuk memudahkan anda untuk menyusun atur barang-barang di rumah anda.

Yang lebih menariknya, anda boleh membuat troli ini sendiri di rumah. Maria Ariana, menerusi akaun Facebooknya telah berkongsi 6 langkah mudah untuk membuat sendiri troli gaya IKEA ini.

Maria Ariana|Facebook

Perkongsiannya telah menarik perhatian ramai orang yang berminat untuk mencuba membuat troli gaya IKEA ini. Troli ini muat di ruangan sempit dan boleh digerakkan ke mana-mana yang anda mahu.

Anda boleh gunakannya sebagai tempat penyimpanan tambahan bagi semua perkakas dapur anda, aksesori meja atau untuk sarung tangan, kunci dan telefon bimbit.

Berikut adalah barang-barang yang perlu anda sediakan:

#1. Bakul

Maria Ariana|Facebook

Tiga buah bakul untuk menghasilkan troli tiga tingkat. Boleh didapati di kedai ECO. Saiz dan warna bakul boleh ikut cita rasa masing-masing.

#2. Roda  

Maria Ariana|Facebook

Roda juga boleh didapati di kedai ECO. Terdapat dua unit dalam satu bungkus. Pastikan tapak pada roda berbentuk segi empat untuk memudahkan kerja apabila mahu memasang bolt.

#3. Paip PVC

Maria Ariana|Facebook

Gunakan paip PVC saiz 15 milimeter. Jangan guna paip yang nipis, kerana tidak kuat untuk menampung beban.

#4. Gam paip PVC

Maria Ariana|Facebook

Pastikan gam yang dibeli khas untuk paip PVC.

#5. Pengikat kabel (Cable tie)

Maria Ariana|Facebook

Digunakan untuk mengikat bakul. Belikan saiz yang besar supaya kuat dan kukuh untuk mengikat bakul.

#6. Bolt, nat dan washer

Maria Ariana|Facebook

Rujuk gambar untuk saiz. Digunakan untuk memasang roda.

#7. Penyambung paip PVC

Maria Ariana|Facebook

Di bawah merupakan anggaran ukuran yang digunakan mengikut ketinggian troli:

Maria Ariana|Facebook

Apabila semua perkakas dan barang sudah disediakan, ikuti 6 langkah mudah ini:

Langkah pertama:

Sediakan:

-4 unit L joint
-4 unit T joint
-2 unit paip 2 sentimeter
-2 unit paip 36 sentimeter
-4 unit paip 9 sentimeter

Sambung dan gam ikut seperti dalam gambar di bawah:

Maria Ariana|Facebook

Langkah kedua:

Bahagian tiang:

-4 unit paip 7 sentimeter (untuk bahagian kaki bawah sekali)
-8 unit paip 23 sentimeter
-12 unit T joint
-12 unit paip 2 sentimeter (untuk sambung bahagian T joint) rujuk anak panah kuning.
-4 unit L joint.

Maria Ariana|Facebook

Langkah ketiga:

Maria Ariana|Facebook

Cantumkan bahagian tapak dengan tiang. Jangan lupa untuk menggunakan gam supaya tidak mudah tercabut.

Langkah keempat:

Tebuk lubang, rujuk gambar di bawah. Lubang dibuat untuk memasang roda dan bakul.

Maria Ariana|Facebook

Langkah kelima:

Guna bolt, nat dan washer yang disediakan untuk memasang roda. Jika mahu dicat, pastikan dicat sebelum roda dipasang.

Maria Ariana|Facebook

Langkah keenam:

Gunakan pengikat kabel untuk mengikat bakul di tiang. Pastikan diikat dengan kemas dan kukuh.

Maria Ariana|Facebook

Siap!

Maria Ariana|Facebook

Maria Ariana|Facebook

Sumber: Maria Ariana|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular