Bulan puasa seperti ini memang banyak makanan dan juadah yang dijual di luar sana. Sebut sahaja apa yang anda mahukan semuanya ada di bazar ramadan. Makanan yang jarang dijumpai pada bulan-bulan biasa juga boleh didapati pada bulan Ramadan. Namun, untuk memastikan anda terus bertenaga sepanjang hari, pengambilan makanan dan minuman haruslah dititik beratkan. Memang terdapat pelbagai makanan kegemaran yang enak dijual tetapi adakah semua itu cukup berkhasiat untuk tubuh?

Nasi antara makanan utama yang tetap menjadi pilihan ketika berbuka dan bersahur. Namun, ada antara kita yang tidak begitu suka makan nasi kerana terlalu ‘berat’. Jangan risau jika anda mahu mendapatkan khasiat yang sama walaupun tanpa mengambil nasi kerana oat sebenarnya boleh menggantikan nasi. Apa yang lebih mengejutkan pengambilan oat  sebenarnya lebih mengenyangkan dan boleh membekalkan tenaga yang lebih lama kepada tubuh.

Khasiat oat

  • Lebih kenyang berbanding nasi
  • Sesuai untuk sesiapa yang tiada selera untuk makan nasi ketika sahur
  • Bagus untuk jantung, boleh kurangkan berat dan kolestrol.
  •  Mudah dan cepat disediakan
  •  Sesuai untuk sesiapa yang tidak mahu hidangan yang berat tetapi mahu kenyang

Pilih ‘rolled oats’.

Mengapa pilih rolled oats? Ini kerana, tekstur rolled oats lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa. Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, rolled oats tidak terlalu lembik dan muak apabila dimakan. Selain itu, rolled oats juga asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain.

Cara makan rolled oats:

1. Dimasak atas api

2. Direndam dalam air panas

3. Dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.

Bahan-bahan utama:

  •  4-5 sudu rolled oats
  •  Susu rendah lemak, susu penuh krim atau susu berperisa
  •  Buah-buahan

Bahan tambahan (ikut cita rasa)

1. Yogurt
2. Madu
3. Biji chia (chea seed)
4. Kekacang
5. Mentega kacang
6. Serbuk kayu manis
7. Serbuk koko

Resipi

Overnight oat kurma

  1. Ambil 3 biji kurma. Kisar dengan susu dan chia seed.
  2. Selepas itu, gaulkan dengan rolled oats dan kemudian sejukkan.

Overnight oat mangga

  • Mangga
  • Chia seed
  • Flaxseed
  • Susu

Campur semua bahan tersebut dan sejukkan di dalam peti sejuk.

 Overnight oat pisang dan mangga

  1. Pisang dilenyekkan untuk dijadikan lapisan bawah
  2. Tambahkan rolled oats, chia seed + flaxseed, mangga dan tabur juga sedikit serbuk kayu manis.
  3. Sejukkan.

Oat mangga chia pudding

  1. Campur 4 sudu besar chia seed dengan sedikit susu dan biarkan hingga menjadi pekat seperti puding.
  2. Lapiskan dengan mangga, susu dan oat.

 Overnight oat coklat pisang

  1. Kisar sebiji pisang bersama susu dan serbuk koko.
  2. Campurkan rolled oats dan sejukkan di dalam peti sejuk.

Smoothie pisang dan buah naga

  1. Kisar rolled oats, pisang dan buah naga bersama susu.
  2. Taburkan juga ketulan pisang yang dicincang dan kuaci labu.

Rolled oats juga sebenarnya boleh dimasak. Jadi, bagi anda yang punya kelapangan dan rajin anda boleh memasak oat ini menggunakan cara dan resepi seperti di bawah:

  • Mula-mula didihkan air.
  • Masukkan rolled oats dan biarkannya kembang sebelum memasukkan susu.
  • Selepas tu masukkan pula epal merah dan kranberi.
  • Tutup api dan gaulkan bahan tadi dengan biji chia dan flaxseed.

Jika anda mahu buat smoothie pula, anda boleh gunakan apa-apa buah kegemaran anda. Hanya pastikan ada tiga bahan utama iaitu buah, susu dan rolled oats.

Menarik bukan resipi menggunakan rolled oats ini. Bagi anda yang tidak gemarkan oat, mungkin boleh cuba resipi ini. Selamat mencuba untuk anda semua!

Sumber: FACEBOOK | FADHLIA NUUR

Maybe you're interested :

Share

Video Popular