Ah Fei, seekor kucing baka tabby yang telah berjaya mencuri perhatian pengguna internet ekoran reaksi dramatiknya. Ah Fei sebenarnya telah diselamatkan daripada jalanan oleh tuannya.

Jika anda tidak tahu, Ah Fei bermaksud gemuk dalam bahasa Mandarin. Kucing comel ini sangat baik, sedikit pemalas dan begitu sukakan makanannya!

Walaupun sedikit malas, namun Ah Fei masih lagi responsif terhadap rangsangan – kayu lidi digerakkan di hadapan mukanya, ataupun ketika makanannya diambil daripadanya, pasti kita akan dapat lihat reaksinya.

Ah Fei sangat menikmati kehidupannya di Jiangsu, China dan dibela oleh Tang Chang. Mereka berdua gemar menghabiskan masa bermain atau melepak bersama.

Untuk mereka yang tidak tahu dan mengenali Ah Fei, riak mukanya kelihatan seperti sedang mengalami stres dan kekecewaan. Lucu sungguh! Wajahnya sesuai dijadikan meme kucing yang lawak.

Pastinya setiap kucing mempunyai kelebihan tersendiri dan mungkin ianya tidak sama dengan kucing-kucing yang lain. Dan itulah yang menyebabkan Ah Fei diminati oleh peminatnya. Pastinya Ah Fei sangat gembira dan bahagia dengan kehidupannya sekarang. Anda lihat sahajalah reaksinya:

Sumber: BoredPanda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular