JAKARTA: Calon Presiden Nombor 1, Joko Widodo atau Jokowi melakukan tinjauan ke Kalimantan bagi mencari lokasi ibu negara baru, dua hari lalu.

Memetik portal berita CNBC Indonesia Jokowi, Kalimantan dipilih sebagai gantian Jakarta berikutan kedudukan yang dilihat lebih strategik di tengah negara besar itu.

Lebih selamat apabila kedudukan Kalimantan juga dilihat bebas bahaya daripada bencana alam seperti gempa bumi dan letupan gunung berapi berbanding wilayah yang lain.

Menurut pemimpin berusia 57 tahun itu, isu pemindahan ibu negara itu bukan baharu, sebaliknya, telah lama dirancang.

Sebelum ini, Jokowi  menyebut tiga lokasi di Kalimantan yang dilihat berpotensi menggantikan Jakarta iaitu Kalimantan Tengah, Kalimantan Barat Dan Kalimantan Timur.

Gambar Hiasan

Jakarta yang terletak di kawasan rendah itu kini terdedah kepada banjir dan semakin tenggelam disebabkan ekstrak berlebihan air bawah tanah.

Sebelum ini, Menteri Perancangan Indonesia Bambang Brodjonegoro Jokowi memutuskan untuk memindahkan ibu kota negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu keluar dari pulau Jawa yang padat, tetapi belum memuktamadkan lokasi baru.

Bagaimanapun, pentadbiran masih belum memilih lokasi baru, tetapi mencari tempat di wilayah timur negara itu.

“Kita perlu berfikir dengan cara berwawasan untuk kemajuan negara dan memindahkan ibu kota memerlukan persediaan menyeluruh dan terperinci,” katanya yang dipetik Berita Harian.

Ibu negara Indonesia, Jakarta kini, mempunyai lebih 10 juta penduduk, tetapi penduduk bandar sekitarnya yang tiga kali lebih ramai menambah kesesakan teruk di bandar raya itu.

Sementara itu dalam kenyataan di akaun Twitternya, Jokowi berkata, Badan Perencanaan Pembangunan Nasional (Bappenas) telah mengkaji kesesuaian Kalimantan berdasarkan aspek ekonomi dan sosio politik wilayah itu.

Ketiga-tiga wilayah yang masih dalam pemerhatian itu masing-masing mempunyai tanah seluas 80,000, 120, 000 dan 300, 000 hektar.

Antara punca mengapa Republik itu harus pindah ibu kota adalah kerana sebanyak lebih tiga juta pendatang telah menjadi penduduk tetap di Jakarta, kataya yang dipetik Metro TV News.

Manakala jumlah kenderaan meningkat satu juta unit setahun selain masalah banjir yang kembali melanda serta pemerataan pembangunan di Jakarta.

Bagaimanapun, pihak pentadbiran menjangkakan pemindahan itu memerlukan sekurang-kurangnya Rupiah 500 trilion atau RM145 bilion.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular