Kebersihan di sesebuah kawasan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada tahap kesihatan dan menunjukkan sikap sesuatu kelompok masyarakat.

Budaya membuang sampah merata-rata boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar yang akan mengganggu kesihatan penduduk selain mencacatkan pemandangan orang yang memandang.

Seorang netizen bernama Habiyya Baneesa mendedahkan satu realiti melalui laman Twitter miliknya yang memperlihatkan pencemaran laut di kawasan rumah atas air di Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau, Sabah, dan post tersebut telah menjadi tular.

Sikap tidak peka dan tidak peduli dengan membuang sampah ke dalam laut sudah jadi ‘rutin’ biasa bagi penduduk di situ.

@buttrisyia/Twitter

Menurut Habiyya, dia berkunjung ke kawasan berkenaan untuk menghadiri satu majlis perkahwinan bersama rakan-rakannya.

Apa yang paling menyedihkan, penduduk kampung di kawasan berkenaan kerap membuang sampah ke dalam laut, seolah-olah tindakan tersebut sudah menjadi satu perkara kebiasaan.

@buttrisyia/Twitter

Menurutnya, “Walaupun sampah merata-merata, kampung ini tak berbau. Mungkin sebab air pasang surut. Tetapi sisa dari tandas pun terus jatuh terus di buang ke dalam air laut.”

Air laut dahulu jernih, dan sekarang…

@buttrisyia/Twitter

Tambah Habiyya lagi, warna air laut di situ yang dahulunya jernih dan membiru telah berubah keruh. Malahan pada waktu dahulu ramai yang bermandi-manda di laut berkenaan sebelum kampung ini tercemar dengan sampah-sarap yang dibuang begitu saja.

Paling menyedihkan, kampung berkenaan yang telah mencecah usia hampir 50 hingga 60 tahun dan budaya tidak bermoral lagi tidak bertanggungjawab ini masih diamalkan serta menjadi suatu kebiasaan.

@buttrisyia/Twitter

Netizen menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan.

Rata-rata netizen menyeru pihak bertanggungjawab agar mengambil tindakan selanjutnya di kawasan berkenaan dan mempergiatkan kempen bagi melestarikan pemeliharaan alam sekitar.

Namun, ramai juga yang menyatakan isu ini tidak akan pernah selesai ekoran ia membabitkan sikap dan mentaliti penduduk yang tidak ingin berubah.

Susah untuk  mengubah mentaliti dan sikap manusia.

Mungkin tong sampah tidak disediakan.

Apa fungsi jawatankuasa kampung?

Benda yang tidak normal nampak normal apabila sudah terbiasa.

Sumber : Habiyya Baneesa/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular