Selepas Neil Genzola lulus daripada kursus kejururawatan pada tahun 2009, dia tidak menjangka begitu sukar untuk mencari pekerjaan di hospital. Empat tahun kemudian, dia memutuskan untuk mengubah hidupnya.

“10 tahun yang lalu, saya mengalami kesukaran mencari pekerjaan di hospital. Pada tahun 2013, saya memutuskan untuk memasuki sekolah undang-undang dan ia membuahkan hasil,” kata Neil.

Seorang bekas lulusan kejururawatan, Neil bergelut buat sementara waktu demi mendapatkan kerja yang baik dalam bidang kejururawatan selepas tamat pengajian di kolej. Lantaran daripada itu, Neil mula bekerja di pusat panggilan.

Neil tahu bahawa tidak mustahil baginya untuk mendapatkan kehidupan yang jauh lebih baik sehingga dia kemudian memutuskan untuk menyambung pengajiannya dalam bidang undang-undang pada tahun 2013.

Untuk menyambung pengajiannya di Universiti Arellano, dia telah menggunakan wang simpanannya selama dia bekerja di pusat panggilan selama 10 tahun.

Matlamat baharunya ialah untuk menjadi seorang peguam. Namun, menurutnya belajar undang-undang bukanlah sesuatu yang mudah dan dia tidak menyangka yang dia akan lulus.

Pada tahun 2018, dia mengambil peperiksaan bar (bar exam) yang menyaksikan 8,155 calon juga mengambil peperiksaan yang sama, dengan harapan untuk lulus peperiksaan tersebut seperti Neil.

“Peperiksaan ini sangat sukar. Dan mereka berkata kadar lulus memang rendah. Ianya sangat sukar. Anda benar-benar akan meragui diri sendiri,” katanya.

Nasib baik, doa Neil dijawab dan dia adalah antara 22 peratus calon yang lulus dalam ujian tersebut pada tahun 2018.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana menunaikan doa saya untuk lulus bar,” kata Neil.

ABS-CBN News

Ketika ditanya mengenai rancangannya akan datang untuk bekerja sebagai peguam, Neil berkata bahawa dia ingin bekerja dengan kerajaan.

“Saya berharap menjadi sebahagian daripada kerajaan supaya dapat membantu orang ramai. Saya mahu menyertai Pejabat Peguam Negara atau Pejabat Peguamcara,” katanya.

Sumber: ABS-CBN News

Maybe you're interested :

Share

Video Popular