UNITED KINGDOM – Seorang ibu kehilangan bayinya yang berusia 3 bulan pada bulan Ogos 2018 selepas anaknya itu meninggal secara mengejut ekoran jangkitan setelah disentuh oleh seseorang ketika berada di satu jamuan.

Menurut Fox News, ibu berkenaan, Emily Vanderbrouck berkata bayinya, Fleur Edwards dicium dan disentuh oleh ramai orang ketika dalam satu acara untuk mengumpul dana.

Fox News

Pada mulanya, keadaan masih baik dan normal. Fleur pula tidak menunjukkan apa-apa simptom. Malahan bayi tersebut menyusu dan tidur seperti biasa namun semuanya berubah keesokan paginya.

“Saya tahu sebaik sahaja saya melihatnya, dia telah tiada. Tubuhnya sejuk. Tiada apa yang salah. Dia tidak bangun-bangun,” kata Emily.

Mayat bayi tersebut kemudian dihantar untuk bedah siasat dan laporan menunjukkan bahawa bayi itu telah dijangkiti dengan ‘Group B Streptococcus’ (GBS) – sejenis jangkitan bakteria.

Fox News

Menurut American Pregnancy Association, bakteria berkenaan boleh ditemui kira-kira 25% pada vagina wanita dewasa, rektum dan usus.

“Fleur telah dipegang, disentuh dan dicium oleh ramai orang pada acara tersebut dan mungkin ada yang tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas sebelum memegangnya,” kata Emily sambil menegaskan bahawa insiden yang berlaku ini patut membuka mata ibu bapa di luar sana agar ianya tidak berlaku pada bayi-bayi lain. Hal ini kerana, sistem imun bayi masih lagi belum berkembang sepenuhnya.

Sumber: Fox News

Maybe you're interested :

Share

Video Popular