Pencapaian dan kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mentadbir negara kita tidak lagi boleh disangkal.

Selain digelar Bapa Permodenan, beliau juga telah memimpin negara sebanyak dua kali sekali gus membuktikan kewibawaan beliau sebagai pemimpin.

Baru-baru ini, Fortune telah menyenaraikan Tun Mahathir di kedudukan ke-47 sebagai Pemimpin Terhebat Dunia bersama-sama tokoh besar lain seperti Jacinda Ardem, Bill Gates, Putera Harry dan ramai lagi!

Fortune

Fortune turut menyatakan bahawa Tun kini sedang melalui satu fasa baharu di dalam legasinya…

“Sepanjang 22 tahun memerintah negara sebagai Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003, beliau (Mahathir) telah mengubah Malaysia menjadi salah satu negara Asia Tenggara yang berekonomi maju.”

Bernama

Tambah kenyataan itu lagi, “Tahun lalu, beliau kembali mengetuai parti politik baharu dan mencatatkan kemenangan mengejutkan sekali gus menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak. Mahathir kini sedang menangani isu rasuah yang membelenggu institusi negara.”

“Beliau juga sedang bergerak ke arah perlindungan kebebasan kehakiman dan kebebasan akhbar, setelah menyedari ianya akan membantu dalam mengekalkan ketelusan demokrasi.”

Fortune

Senarai 5 Pemimpin Terhebat Dunia yang dikemukan oleh Fortune adalah Bill dan Melinda Gates (pengasas bersama Gates Foundation), Jacinda Ardem (Perdana Menteri New Zealand), Robert Mueller (peguam khas), Pony Ma (CEO Tencent) dan Satya Nadella (CEO Microsoft).

Fortune

Tahniah diucapkan kepada Tun Mahathir di atas segala pencapaian yang telah beliau raih!

Sumber: World of Buzz, Fortune

Maybe you're interested :

Share

Video Popular