Dunia kini memang terdedah dengan segala macam bahaya yang tidak dijangka-jangka. Saban hari ada sahaja berita mengenai kes jenayah dan kemalangan yang berlaku. Apa yang lebih membimbangkan jika semua masalah itu berlaku di sekitar kita dan lebih-lebih lagi jika melibatkan nyawa orang yang kita sayang.

Baru-baru ini tular berita mengenai kejadian yang menimpa dua orang kanak-kanak di Ohio di mana si kakak hampir menjadi mangsa penculikan ketika mereka berada di sebuah hospital.

Pada hujung April lalu, Nita Coburn menghantar saudaranya ke bilik kecemasan sebuah hospital bersama dengan cicitnya, Chance Blue, 8 dan Skylar Weaver, 10 yang duduk di bahagian tempat duduk belakang. Ketika mereka tiba, Nita keluar dari kereta dan berjalan masuk ke hospital bersama saudara wanitanya. Ketika itulah ada seorang lelaki yang tidak dikenali meluru masuk ke dalam kereta dan terus ke tempat duduk pemandu.

Facebook

Kamera keselamatan berjaya menangkap detik mengerikan itu apabila lelaki tersebut, Dalvir Singh yang berusia 24 tahun, mula memandu kereta itu di mana Chance dan Skylar masih ada di dalam kereta tersebut.

Facebook

Daripada kamera itu juga kelihatan Nita terus berlari ke tempat pemandu dan cuba menarik pintu apabila dia melihat kedua-dua kanak-kanak itu menjerit. Dia tidak sedar bahawa mereka berdua sedang cuba melepaskan diri dari bahagian bertentangan.

Facebook

Dalvir kemudian menolak Chance keluar daripada kereta, namun polis mengatakan bahawa penjenayah itu “menarik hoodie Skylar dan tidak membenarkannya pergi.”

Kes ini bukan sahaja kes cubaan mencuri kereta tetapi cubaan menculik juga. Namun, cubaan tersebut tidak berjaya kerana tindakan pantas Chance ketika itu. Chance dengan sedaya upaya telah menarik kakaknya bersamanya sehingga mereka berdua akhirnya terjatuh keluar daripada kereta yang sedang bergerak itu.

Facebook

Nita juga diseret ketika dia memegang kereta itu. Namun bernasib baik kerana kecederaan yang dialaminya tidak serius dan dia kini dia sudah semakin sembuh.

Facebook

Polis bersama dengan Bahagian Polis Middletown berjaya memberkas Dalvir sejurus selepas itu dan lelaki itu didakwa di atas tuduhan termasuk penculikan, serangan ganas dan rompakan besar.

Facebook

Bagi Chance pula dia telah mendapat pengiktirafan yang sepatutnya. “Budak lelaki ini seorang wira. Dia menarik kakaknya keluar dari kereta tanpa mempedulikan keselamatannya sendiri. Pada usianya sekarang, apa yang dilakukan adalah sesuatu yang luar biasa,” kata Ketua Muterspaw.

Twitter

Kami sangat gembira mendengar kedua-dua kanak-kanak ini selamat! Kini Skylar mungkin akan berasa lebih selamat kerana dia mempunyai seorang adik lelaki yang akan sentiasa menjaganya walau dalam keadaan apa sekalipun!

Saksikan video yang merakam detik cemas tersebut.

Sumber: INSPIRE MORE, Good Morning America/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular