PUTRAJAYA:  Penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan, berkuat kuasa esok.

Ini bermakna pengguna tidak perlu gusar lagi dikenakan saman pihak berkuasa sekiranya kadar ketelusan cahaya tampak atau cermin gelap kereta mereka melebih had yang ditetapkan.

Astro Awani

Kementerian Pengangkutan telah menetapkan tiada lagi had bagi cermin gelap untuk semua kenderaan persendirian.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook, kelonggaran itu hanyalah untuk cermin kiri dan kanan penumpang serta belakang sahaja bagi kenderaan persendirian.

Sebelum ini, peraturan yang ditetapkan kadar ketelusan cahaya tampak pada 30 peratus seperti digariskan dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.

Beliau berkata, peraturan baharu menetapkan kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan kenderaan pula adalah 70 peratus manakala bagi cermin sisi kiri dan kanan pemandu terikat pada 50 peratus.

Berita Harian

“Kebenaran ini hanya bagi kenderaan milik persendirian, tidak termasuk kenderaan yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini yang dipetik Berita Harian.

Mengulas lanjut beliau berkata, cermin di belakang dan cermin penumpang tidak ada had dan  boleh gelap.

“Sebab ramai yang minta supaya kita longgarkan untuk berikan lebih gelap supaya kita boleh tahan haba dan sebagainya.

“Kita dah ambil pertimbangan itu tetapi kita tak boleh kompromi untuk cermin depan dan untuk cermin pemandu sebab itu yang lebih penting dan itu (had) kita kekalkan sedia ada,” katanya.

Sementara itu bagi kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar ketelusan cahaya tampak atau peratusan cahaya tampak tidak boleh kurang daripada 70 peratus.

Berita Harian

Dalam masa sama, Anthony berkata, kerajaan akan memperkenalkan fi permohonan dan pemprosesan baharu sebanyak RM50 ke atas setiap kelulusan menggunakan cermin yang lebih gelap.

Katanya, permohonan itu berbeza dengan amalan sebelum ini yang mana permohonan penggunaan cermin gelap hanya memerlukan kelulusan Menteri Pengangkutan dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tanpa sebarang fi dikenakan.

“Mana-mana individu boleh memohon menggunakan cermin lebih gelap sama ada lapisan filem atau kaca lebih gelap bermula esok. Setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh dua tahun.

“Individu yang diluluskan penggunaan cermin lebih gelap hendaklah memohon semula apabila tempoh sah laku tamat dan akan dikenakan fi sama dalam setiap permohonannya, sekali gus meningkatkan hasil kerajaan dan ketelusan,” katanya.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular