Kalau kita melihat ibu bapa atau datuk nenek kita, mereka sangat suka akan sayur-sayuran kampung. Cakap sahaja apa jenis sayur atau ulam-ulaman pasti menjadi makanan harian mereka. Bagi sesetengah kita kadangkala tidak suka dengan sayur-sayuran kampung kerana rasanya yang pahit atau mungkin kerana baunya. Tetapi di sebalik rasa dan bau yang tidak menyenangkan itulah tersembunyi seribu satu khasiat yang sangat baik untuk tubuh.

NotaKaki

Antara contoh sayur yang sering dielakkan oleh ramai orang ialah petai. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar suka makan petai. Oleh kerana baunya yang busuk dan sukar untuk dihilangkan membuatkan ramai yang tidak gemar memakan petai.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya ada cara untuk menghilangkan bau petai di mulut dengan cepat iaitu dengan meminum air kopi atau teh tanpa gula. Selain itu, anda juga boleh mengunyah beras dan berkumur dengan air garam untuk menghilangkan bau petai. Tips ini sangat berkesan dan kini tiada alasan lagi untuk anda mengelak daripada makan petai!

Petai banyak khasiatnya kepada kesihatan. Siapa sangka di sebalik baunya yang busuk ada rahsia yang tersembunyi. Berikut adalah vitamin dan khasiat petai yang mungkin anda tidak tahu;

1. Tinggi Vitamin C

Kandungan vitamin C yang sangat tinggi dalam petai boleh meningkatkan imun badan dan antioksida. Selain itu, kadar kandungan vitamin dalam petai ini dapat mengurangkan tekanan seseorang dan mengawal emosi.

Petai juga mempunyai serat yang dapat membantu proses penghadaman dengan lebih baik dan mencegah sembelit. Tubuh anda akan lebih selesa dan luka juga dapat sembuh dengan mudah.

2. Tinggi kandungan kalium

Tubuh kita memerlukan kalium kerana ia dapat menjaga cairan dan keseimbangan elektrolik. Zat kalium yang terkandung di dalam petai dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal keseimbangan air badan dan fungsi jantung.

3. Vitamin A

Petai mengandungi Vitamin A yang baik untuk penglihatan, jantung dan sesuai untuk seseorang yang menjaga kulit muka.

4. Kalsium

Kandungan kalsium yang tinggi dalam petai ini pula baik untuk pembentukan tulang dan gigi. Selain itu, ia dapat menguatkan dan mengurangkan sakit gigi.

Sumber: Facebook KKM

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular