FILIPINA – Untuk pengetahuan anda, salah satu gunung berapi di Filipina iaitu, gunung berapi Mayon, saban tahun dilawati oleh ribuan pelawat yang rata-ratanya sangat mengagumi keindahan dan keunikannya.

Orang ramai tidak kira tempatan mahupun daripada luar negara akan ke pulau Luzon untuk menyaksikannya sendiri dan menurut penduduk tempatan, Gunung Mayon mempunyai misteri dan mitos tersendiri.

Difahamkan bahawa seorang nelayan tempatan telah menyaksikan satu fenomena unik yang telah berlaku di gunung berapi berkenaan, di mana peristiwa berkenaan merujuk kepada pembentukan awan yang unik dan luar biasa kerana kelihatan seakan-akan payung putih yang menyelubungi kawasan gunung itu.

Foto fenomena berkenaan kemudiannya menjadi tular menerusi media tempatan di sana.

Foto tersebut telah dimuat naik oleh Noli Luna ke laman Facebook dan difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku pada jam 5:30 pagi pada 23 April yang lalu. Jika diamati pada foto yang dikongsikan, kita dapat lihat bahawa terdapat pengumpulan awan yang mengelilingi dan membentuk payung pada bahagian atas gunung tersebut.

“Daragang Magayon, memakai payung putih …”, tulis Noli berkata di Facebook. Awan berkenaan walau bagaimanapun berlalu dengan cepat dan ini membuatkan tidak ramai individu yang dapat menyaksikannya.

@legazpicity/poshet

Foto berkenaan telah menerima perkongsian sebanyak 30,000 kali setakat ini. “Ini merupakan satu petanda yang baik, bahawa negara kita akan menjadi makmur, aman, selamat, gembira, berlimpah dalam pelbagai cara”. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh GMA News Online, fenomena aneh ini dikenali sebagai ‘awan lenticular’.

Terdapat juga spekulasi yang wujud di mana pembentukan awan berkenaan merupakan petanda bahawa gunung berapi itu bakal meletus tetapi ia sebenarnya hanya pembentukan awan biasa dan ia diberi nama lenticular kerana strukturnya yang berbentuk seperti lensa.

Sementara itu, beberapa pengguna di laman Twitter juga turut tidak melepaskan peluang untuk berkongsi foto keindahan gunung berapi Mayon tersebut dan ia kelihatan seperti ini:

Awan lenticular yang terjadi di gunung-gunung lain:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular