Sudah menjadi lumrah kejadian manusia untuk berpasang-pasangan di antara lelaki dan perempuan namun masih terdapat segelintir individu yang tidak memerlukan pasangan dari berlainan jantina untuk ‘melengkapkan’ kehidupannya.

Di Asia, wanita akan digelar dengan pelbagai gelaran seperti ‘anak dara tua’ sekiranya masih belum mendirikan rumah tangga setelah mencecah usia 30-an. Pandangan ini bagaimanapun harus dihentikan dengan serta-merta kerana kajian menunjukkan bahawa wanita bujang adalah wanita yang bijak!

GoWork.pl

Dalam kajian berkenaan, ditegaskan bahawa tahap IQ dan status perhubungan adalah berkait antara satu sama lain. Justeru, hidup bujang menggambarkan bahawa anda sebenarnya ‘terlalu bijak’ untuk menarik minat pasangan yang berlainan jantina!

Business Insider Malaysia

Kajian dari Universiti Yale itu memfokuskan kepada nisbah di antara golongan lelaki dan wanita yang berpelajaran tinggi. Memandangkan bilangan graduan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki, ia secara langsung menunjukkan bahawa wanita zaman ini sukar untuk mencari pasangan dalam tahap pendidikan yang sama!

Pinterest

Menjadi wanita yang pintar juga membuatkan wanita ini berkelakuan lebih rasional dan mempunyai pemikiran yang matang selain mampu menyelesaikan masalah secara analitik. Justeru, keadaan ini mengurangkan potensi untuk berlakunya cinta pandang pertama…

Di samping itu, wanita yang pintar juga lebih cenderung untuk menghabiskan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, menonton wayang mahupun mengembara seorang diri!

Backyard Tour

Tanpa adanya teman lelaki yang perlu difikirkan sepanjang masa, wanita-wanita ini boleh menumpukan lebih perhatian dalam mengejar cita-cita dan impian sendiri. Mereka lebih cenderung untuk meluangkan masa mencari kepentingan dan kebahagiaan sendiri.

Jadi, jika anda masih belum mempunyai pasangan, jangan malu dan jangan segan. Hadapilah ia dengan tenang dan kejar segala impian dalam hidup anda seboleh mungkin!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kebenaran

Video Popular