Bermula Januari tahun ini, kerajaan telah menetapkan larangan merokok di premis-premis menjual makanan dan sekiranya tidak dipatuhi, perokok boleh didenda tidak melebihi RM10,000 manakala premis yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok akan didenda tidak melebihi RM3,000!

Smoking Cabin SG/Facebook

Baru-baru ini, akaun Facebook yang dikenali sebagai Smoking Cabin SG telah memuat naik gambar sebuah kabin khusus untuk golongan perokok. Memetik laporan Mothership.SG, tujuan penubuhan kabin khas tersebut adalah untuk memberikan ‘jalan penyelesaian’ kepada golongan perokok supaya bebas merokok tanpa perlu khuatir dengan keadaan sekeliling.

Smoking Cabin SG/Facebook

Kabin ini juga berfungsi sebagai sistem penapis udara sekali gus membebaskan udara yang bersih untuk golongan perokok pasif.

“Asap rokok di dalam kabin akan ditapis melalui sistem pembersihan udara secara efektif. Apa yang keluar adalah udara bersih yang telah ditapis untuk anda dan orang di luar. Bagi mencapai kualiti udara yang baik untuk semua orang, terdapat tiga lapisan penapis yang digunakan.”

 

View this post on Instagram

 

System spools up, quickly takes in the smoke from fog machine.

A post shared by Smoking Cabins (@smokingcabinsg) on

Meskipun belum mula beroperasi, netizen telah memberikan pandangan dan kritikan membina masing-masing mengenai idea pembuatan kabin yang kini hampir 70% siap itu.

“Saya bukan perokok tetapi kabin ini perlu dilengkapi dengan sesuatu yang boleh menyejukkan orang di dalamnya. Pasti akan terasa seperti berada di dalam ketuhar apabila matahari terik.”

Smoking Cabin SG/Facebook

Lebih mengagumkan lagi, syarikat yang menghasilkan rekaan kabin berkenaan di Denmark iu menyatakan bahawa kabin ini berkemampuan untuk mengekalkan suhu di antara 25°C dan 27°C.

 

View this post on Instagram

 

Where all that smoke gets trapped in.

A post shared by Smoking Cabins (@smokingcabinsg) on

Syarikat berkenaan turut memuat naik info grafik bagi menjelaskan bagaimana kabin tersebut berfungsi dalam membersihkan asap rokok di dalam kabin itu. Penapis pertama akan menyingkirkan partikel-partikel debu yang besar. Penapis kedua pula (HEPA FILTER) berupaya menyingkirkan partikel halus bersaiz 0.3 mikron. Penapis terakhir yang merupakan penapis karbon aktif akan menghapuskan bau tembakau dan juga bahan kimia lain.

Smoking Cabin SG/Facebook

Difahamkan syarikat ini telah pun merasmikan sebuah kabin yang berfungsi sepenuhnya. Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai lokasi sebenar kabin itu.

Sumber: SAYS, MothershipSmoking Cabin SG/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular