Seorang ibu penyayang akan melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya dan Mary Ann Webster (Bevan selepas perkahwinan) juga tidak terkecuali daripada melakukan segala pengorbanan.

Hal ini membuatkan dia tidak takut untuk ditolak atau untuk menunjukkan penampilannya yang luar biasa. Dia mempunyai matlamat iaitu untuk memberi makan kepada anak-anaknya dengan melakukan apa sahaja. Maria terpaksa berhadapan dengan ejekan, penghinaan dan kekejaman orang di sekelilingnya seolah-olah dia adalah “wanita yang paling hodoh di dunia.” Namun, wanita ini cukup kuat untuk terus menjalani hari-harinya, semuanya dilakukan demi anak-anaknya.

Nasib yang sukar


AhmedI_Elsayed / Twitter

Kehidupan Mary cukup biasa. Dia dilahirkan di London dalam sebuah keluarga yang besar dan agak miskin. Dia terpaksa bekerja pada usia yang sangat muda dan menjadi jururawat di hospital.

Mary adalah seorang wanita yang sangat menarik yang mempunyai impian untuk mempunyai keluarga besarnya sendiri. Impiannya menjadi kenyataan. Pada usia 29 tahun, dia berkahwin dengan Thomas Bevan dan melahirkan 4 orang anak.

Kemudian, Mary mula mengalami masalah kesihatan. Dia mengalami migrain dan sakit otot serta sendi. Doktor tidak dapat mengenal pasti apa yang sedang berlaku. Tetapi dia juga tidak mempunyai masa untuk memberi tumpuan kepada kesihatannya kerana keluarganya lebih memerlukannya.

Penyakitnya mula kelihatan

A. R. Coster / Stringer / Hulton Archive / Getty Images

Mary mula menderita gejala yang lain seperti pertumbuhan muka yang tidak normal menyebabkan dia kelihatan “bersahaja”.

Penyakit ini dipanggil acromegaly, iaitu gangguan neuroendocrine yang menghasilkan lebih banyak hormon pertumbuhan di dalam badan yang menyebabkan tulang, organ dalaman dan tisu lembut mengalami pembesaran. Penyakit ini sering diiringi sakit kepala dan sakit otot. Dalam kebanyakan kes, acromegaly berlaku kerana tumor yang dikenali sebagai adenoma hipofisis.

Hari ini, doktor boleh menyembuhkan penyakit ini dengan jayanya, tetapi pada permulaan abad ke-20, Mary tidak menerima rawatan yang seharusnya. Setiap hari, dia melihat kecantikannya memudar.

Gelaran baharu yang tidak menyenangkan

Wikimedia Commons

Encik Bevan sentiasa menyokong isterinya dan berada di sisinya, tetapi takdir mempunyai rencana sendiri. Selepas 11 tahun berkahwin, Encik Bevan meninggal dunia dan Mary menjadi balu dengan empat orang anak dan hampir tidak ada wang.

Selepas pemergian suaminya, Mary menerima apa sahaja pekerjaan yang boleh dilakukan untuk anak-anaknya. Walau bagaimanapun, dia tidak ditawarkan pekerjaan yang baik kerana penampilannya dan orang di jalanan sering menghina dan mengejeknya. Oleh itu, baginya setiap hari bekerja adalah sebuah cabaran.

Keadaan menjadi semakin teruk apabila Mary mendapati ada sebuah pertandingan yang dipanggil ‘Pertandingan Wanita Paling Hodoh Dunia’. Lalu dia memutuskan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut kerana hadiah yang ditawarkan adalah sejumlah wang yang sangat besar.

Mary berjaya memenangi pertandingan tersebut, tetapi media massa mula menulis artikel yang tidak menyenangkan tentang dirinya dan sangat sukar baginya untuk membaca apa yang ditulis. Tetapi Mary menjadikan perkara tersebut sebagai pendapatan yang stabil.

Pertunjukan sarkas dan pertunjukan aneh

Sideshows

Pada tahun 1920, dia dijemput untuk bekerja di Amerika Syarikat dan muncul di pertunjukan Dreamland Coney Island. Dia mengambil bahagian dalam persembahan ini di mana dia terpaksa menunjukkan penampilannya dengan memakai pakaian tertentu yang menonjolkan sifatnya yang tidak menarik dan sifat kelakiannya.

Ada juga orang lain yang mengambil bahagian dalam pertunjukan tersebut mempunyai ciri-ciri luar biasa seperti wanita berjanggut, orang kerdil, gergasi dan kembar Siam. Mereka semua adalah ‘orang aneh’ yang terpaksa membuat orang lain ketawa atau merasa seperti mereka telah melihat sesuatu yang luar biasa.

Penonton sangat menyukai pertunjukan kejam ini dan Mary adalah salah seorang pelakon yang paling popular dalam kumpulannya. Kita hanya boleh menganggap betapa sukarnya dia perlu menjadi bahan jenaka. Tetapi dia mengatasi semua cabaran tersebut demi anak-anaknya.

Sideshows

Dalam gambar di atas, anda dapat melihat Mary dengan anak-anaknya. Anak sulungnya memakai baju anak kapal, anak lelakinya yang muda memakai pakaian 3-piece dan anak-anak perempuannya pula memakai dress yang cantik. Pada masa itu, pemotretan studio tidak begitu popular dan mungkin fakta ini menunjukkan bahawa Maria adalah seorang ibu yang lebih penyayang dan pengasih daripada artis pertunjukan yang aneh.

Mary menghabiskan sebahagian besar sisa hidupnya dalam sarkas. Dia mempunyai peluang untuk kembali ke Eropah hanya sekali iaitu pada tahun 1925, ketika dia melawat Paris di mana dia mengambil bahagian dalam pameran.

Malangnya, kebanyakan orang yang menderita acromegaly tidak hidup lama. Mary meninggal dunia pada tahun 1933 pada usia 59 tahun. Sebelum dia meninggal, dia sempat meminta anak-anaknya untuk mengebumikannya di England.

Kisah hidup Mary memang cukup mencabar. Dari seorang wanita yang cantik menjadi wanita yang sentiasa diejek sebab penampilannya, namun bergigih meneruskan hidup demi anak-anaknya. Tabik untuk Mary!

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share

Video Popular