Kedatangan bulan Ramadan sudah tentu membuat ramai yang berasa teruja. Namun ada sesetengah golongan yang mudah terkena sakit perut atau penyakit gastrik, terutamanya pada beberapa hari terawal puasa.

Ini berlaku kerana dalam bulan puasa, pola pemakanan akan berubah. Di waktu siang semasa perut kosong, peningkatan asid di dalam perut boleh berlaku dan menyebabkan keradangan perut, loya, muntah atau berasa pedih ulu hati.

Bagi pesakit gastrik atau anda yang selalu mengalami sakit perut apabila terlewat masa makan, ketahui beberapa petua ini untuk membantu anda mengawal penyakit gastrik agar dapat berpuasa dengan lebih lancar dan selesa tanpa kesakitan.

Sirap Limau/Gambar Hiasan

7 petua mengawal dan menangani serangan gastrik ketika berpuasa adalah seperti berikut :

1. Jenis makanan dan minuman yang perlu dielakkan

Sirap Limau/Gambar Hiasan

Umumnya, pemilihan makanan sihat amat membantu mengawal masalah gastrik.

Berikut adalah jenis makanan yang perlu dielakkan atau dihadkan:

  • Makanan bergoreng.
  • Makanan pedas dan berempah.
  • Makanan di dalam tin kerana mengandungi kandungan asid yang tinggi.
  • Minuman bergas.
  • Makanan yang mempunyai asid tinggi, contohnya limau, oren, dan tomato.
  • Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh dan kopi.
  • Makanan yang diproses seperti sosej dan nuget.

2. Ketika berbuka

Sirap Limau/Gambar Hiasan

Ketika berbuka, makanlah dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makan terlalu banyak dan jarakkan pengambilan pemakanan.

Contohnya anda boleh berbuka dengan buah kurma dan segelas air serta teruskan dengan solat Maghrib dahulu. Kemudian barulah makan nasi bersama lauk pauk dalam kuantiti sederhana.

Selesai solat terawih pula, banyakkan makan buah-buahan yang tidak berasid, biskut oat atau roti.

3. Ketika bersahur

Sirap Limau/Gambar Hiasan

Seeloknya lewatkan sahur, iaitu ketika hampir waktu imsak. Cuba elakkan makan sahur terlalu awal, contohnya pada jam 2 atau 3 pagi dan tidur semula sehingga pagi.

Anda digalakkan minum segelas susu semasa sahur. Hal ini dapat mengurangkan simptom gastrik dan ulser peptik.

Tabiat tidur selepas selesai sahur atau berbuka boleh menyebabkan gastrik dan masalah pencernaan.

4. Jangan merokok dan makan lewat malam

Sirap Limau/Gambar Hiasan

Bulan puasa adalah bulan yang paling ideal untuk anda berhenti merokok. Merokok bukan saja membahayakan kesihatan, tetapi ia juga boleh menjadi penyumbang kepada serangan gastrik.

Makan selepas solat terawih atau moreh (makan lewat malam) juga seeloknya perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.

5. Minum air kosong

Sirap Limau/Gambar Hiasan

Minum air kosong dengan secukupnya sepanjang malam di waktu Ramadan. Ramai yang ‘terlupa’ meminum air kosong disebabkan telah meminum macam-macam jenis minuman yang menggiurkan yang dijual di bazar Ramadan.

Air kosong amat penting bagi melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan serangan gastrik atau sakit perut yang dihadapi pada siang hari.

Mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda sepatutnya boleh mencukupkan 8 gelas air sehari dengan jadual minum air seperti berikut:

-1 gelas ketika bangun sahur

-1 gelas selepas makan sahur

-1 gelas semasa berbuka puasa

-1 gelas selepas makan

-1 gelas selepas solat maghrib

-1 gelas selepas solat isyak

-1 gelas selepas solat terawih

-1 gelas sebelum tidur

6. Makanan dan minuman yang digalakkan

Sirap Limau/Gambar Hiasan

Banyakkan makan makanan karbohidrat kompleks atau yang berasaskan bijirin gandum, seperti beras perang, kekacang badam dan oat.

Cuba gunakan teknik memanggang atau kukus bagi mengelakkan makanan bergoreng dan berminyak.

Selain air kosong, anda boleh minum susu atau ‘smoothie’ buah-buahan yang tidak berasid seperti kurma dan pisang.

7. Sediakan ubat gastrik dan makan mengikut preskripsi doktor

Sirap Limau/Gambar Hiasan

Jika anda diberikan ubat gastrik oleh doktor, jangan lupa mengambil ubat mengikut preskripsi.

Sekiranya diserang gastrik yang teruk, anda boleh mendapatkan suntikan di klinik jika perlu.

Jangan memaksa diri untuk berpuasa sekira keadaan tidak mengizinkan.

Selain mengawal pemakanan, cuba elakkan stres dan amalkan gaya hidup sihat. Beberapa kajian menyatakan bahawa stres boleh menyebabkan peningkatan asid perut.

Jika kerap mengalami kesakitan, berbincanglah dengan doktor tentang keadaan anda berkaitan masalah yang dihadapi ketika berpuasa. Jangan memaksa diri sekiranya anda berasa tidak mampu untuk berpuasa kerana penyakit yang dihidapi.

Selamat berpuasa!

Sumber : Sirap Limau

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular