Hampir setiap rumah sudah pasti akan membeli kurma ketika bulan Ramadan bermula. Tidak kira jenis kurma apa pun, kita biasanya akan makan kurma pada waktu berbuka puasa dan juga bersahur.

Banyak khasiat buah kurma yang sedia maklum sudah diketahui umum ialah fungsinya dalam membantu mengembalikan tenaga dan melancarkan pencernaan, terutamanya ketika kita berpuasa.

Tapi, mungkin tidak ramai antara kita yang mengetahui bahawa biji kurma juga punya banyak manfaatnya. Jadi sebelum anda membuang biji kurma, mari kita ketahui apakah kegunaan dan khasiat biji kurma yang luar biasa.

 

Dating Portal/Gambar Hiasan

3 kegunaan biji kurma yang jarang diketahui

1. Alternatif kepada kopi

Tahukah anda, biji kurma ini boleh digunakan untuk membuat kopi yang lazat? Seperti juga kopi biasa, ia juga terhasil daripada biji, bukan?

Begitu jugalah yang kita boleh buat dengan biji kurma. Kopi biji kurma adalah alternatif yang sangat sesuai bagi anda yang mengalami alahan kepada kafein.

 

Food Marketing & Technology/Gambar Hiasan

Caranya membuatnya sangat mudah. Mula-mula basuhkan biji kurma yang telah dimakan sehingga bersih. Kemudian biarkan ia kering seketika.

Seterusnya, panggang biji kurma atau digoreng tanpa minyak hingga ia kehitaman dan mengeluarkan aroma seakan kopi.

Tumbuk biji kurma yang telah hangus tadi menggunakan batu lesung atau pengisar. Kemudian, bolehlah gunakan ia sebagai serbuk kopi.

SirapLimau/Gambar Hiasan

2. Melembutkan daging dengan cepat

Jika mengikut petua, biji kurma ini boleh digunakan untuk melembutkan daging secara semulajadi dengan cepat tanpa mengganggu rasa masakan.

Caranya masukkan saja beberapa butir biji kurma yang sudah dibasuh bersih ke dalam apa-apa masakan yang sedang dimasak.

Daging yang dimasak akan cepat empuk dan lembut.

 

topsimages.com/Gambar Hiasan

3. Digunakan sebagai lulur

Selain daripada itu, biji kurma juga boleh digunakan untuk tujuan kecantikan iaitu sebagai lulur.

Tidak perlu membeli lulur yang mahal-mahal, hanya gunakan biji kurma tadi dan jadikannya ia serbuk seperti membuat kopi tadi. Kemudian, campurkan ia dengan madu atau gula perang bersama sedikit minyak zaitun sebelum digunakan pada muka atau bahagian badan.

Baunya juga amat wangi dan menyegarkan!

 

PicsWe/Gambar Hiasan

Khasiat biji kurma

Selain buah kurma, biji kurma juga mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan.

Berikut adalah antara manfaatnya menurut kajian yang dilaporkan oleh HealthBenefitsTimes.com

  • Membantu mengawal kadar gula dalam darah
  • Agen antiviral, melindungi tubuh daripada jangkitan
  • Sumber antioksidan yang baik untuk tubuh
  • Membantu kesihatan kulit
  • Melembapkan dan membantu pertumbuhan rambut

Pinterest/Gambar Hiasan

Biji kurma jangan dibuang

Sebenarnya ada banyak kegunaan biji kurma yang kita tak pernah tahu. Selama ini, lepas makan kita buang saja biji-biji kurma terus ke dalam tong sampah.

Jadi, selepas sudah tahu, apa kata kita cuba simpan dan maksimakan kegunaan buah kurma itu sehingga ke bijinya sekali. Tambahan pada bulan Ramadan, kita memang banyak membeli dan memakan buah kurma.

Bolehlah kumpul dan gunakan bijinya untuk buat kopi atau lulur. Sungguh jimat dan berbaloi serta berkhasiat pula.

Sumber : Sirap Limau

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular