Jepun tidak pernah gagal mengejutkan dunia dengan perkara-perkara yang luar biasa – sama ada fesyen mereka yang lain dari yang lain, perisa makanan yang janggal, atau budaya ketepatan masa dan budaya kerja yang sangat mengagumkan.

Oleh itu, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda 15 bukti bergambar yang menunjukkan masyarakat Jepun sememangnya luar biasa. Nikmatilah!

1. Seseorang tidak sengaja menjatuhkan basikal orang awam. Kemudian, si pelaku meninggalkan wang tunai bersama nota yang bertulis: “Saya tidak sengaja terjatuhkan basikal kamu dan locengnya telah patah. Saya benar-benar minta maaf.”

gaijinpot / reddit

2. Jepun menyediakan tempat meletak cawan dan tongkat berhampiran mesin ATM untuk sesiapa yang memerlukan.

IntelWarrior / reddit

3. Sebuah kafe di Jepun menggaji pesakit yang lumpuh fizikal untuk mengawal robot pelayan kedai supaya mereka boleh menjana pendapatan.

Chris_Isur_Dude / reddit

4. Pasukan bola sepak Jepun membersihkan bilik persalinan mereka dan meninggalkan nota terima kasih buat negara penganjur Piala Dunia FIFA 2018

Tancredi Palmeri/Twitter

5. Namakan sahaja apa-apa perisa, Jepun ada hasilkannya.

unknown / imgur

6. Tembikai berbentuk bulat terlalu biasa. Jepun mempunyai tembikai berbentuk hati dan piramid.

carla__xx/Instagram

7. “Saya tercicir beg beli belah di jalanan di Osaka dan apabila saya datang semula untuk mencarinya, seseorang telah meletakkannya di tepi pokok tanpa disentuh oleh sesiapa.”

justlikebuddyholly / reddit

8. Taman di Jepun terlalu bersih sehingga sukar untuk membezakan kawasan sebelum dibersihkan dan selepas dibersihkan.

nismos14270r / reddit

9. Strategi pemasaran yang genius!

JohnsonODanielson / reddit

10. Comelnya rekaan kerusi pejabat ini!

IRatherChangeMyName / imgur

11. Penutup besi kumbahan di Jepun sememangnya adalah salah satu seni.

Tombo_64 / reddit

12. Stesen hentian kereta api ini tidak mempunyai pintu keluar/masuk. Kereta api akan berhenti di sini supaya pelanggan dapat menikmati pemandangan yang indah.

H1ggyBowson / reddit

13. Penduduk Jepun mempunyai tempat simpanan berkunci untuk payung.

monikakuelsheimer/Instagram

14. Gula-gula getah di Jepun disertakan sekali dengan sebuku kertas untuk pembuangan sisa gula-gula getah.

unknown / imgur

15. Ini bukanlah menu makanan di restoran mewah. Ini adalah menu makanan yang dihidangkan untuk pesakit di hospital.

 jenkinsinjapan / imgur

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular