Buat mereka pencinta haiwan pasti sanggup melakukan banyak perkara buat haiwan kesayangan mereka. Ada yang rela berbelanja besar dan ada juga yang suka meluangkan masa bermain dengan haiwan tersebut. Apa sahaja akan dilakukan asalkan haiwan peliharaan mereka gembira dan memperoleh segala yang diperlukan. Bagi lelaki ini pula, dia sanggup membelanjakan separuh daripada gajinya untuk membeli makanan buat haiwan-haiwan jalanan.

mStar

Seorang pengguna Facebook, Azman Ali II telah memuat naik status Facebooknya mengenai kisah seorang lelaki yang melakukan dua kerja iaitu sebagai petugas letak kereta dan tukang bersih. Daripada gaji itulah dia akan menghabiskan lebih daripada separuh gajinya untuk memberi makan kucing dan anjing jalanan yang ada di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dia melakukan semua itu dengan ikhlas dan tanpa mengharapkan sebarang pengharagaan sama sekali.

Lelaki Melayu itu dikenali sebagai Anfalazie Anuar atau Ann biasanya akan memberikan makanan haiwan yang terbiar sebanyak dua kali sehari. Kucing dan anjing akan menunggu Ann untuk memberi makan kepada mereka tanpa mengira cuaca. Percaya atau tidak Ann telah melakukan semua itu selama lebih daripada 10 tahun!

mStar

Seperti yang dilaporkan di mStar, Ann hanya menerima RM850 untuk kerja-kerja pembersihannya dan RM30 sehari untuk kerja sebagai atendan letak kereta. Tetapi kos untuk memberi makan haiwan-haiwan tersebut adalah lebih kurang RM50 sehari.

Ann menjelaskan bahawa RM30 daripada pekerjaannya yang kedua akan dibelanjakan sepenuhnya buat haiwan-haiwan itu tetapi itu tidak mencukupi jadi dia akan menggunakan hasil gajinya sebagai tukang bersih untuk mencukupkan jumlah perbelanjaan makanan haiwan-haiwan tersebut.

Pada penghujung hari, dia hanya mampu makan nasi goreng dan kicap. Tetapi dia tetap bersyukur dengan apa yang dia miliki. Menurutnya apa yang dia ada sekarang sudah mencukupi kerana dia dapat menghabiskan masa dengan keluarga serta memberikan makanan buat kucing dan anjing jalanan.

Facebook

Walaupun Ann tidak sihat, namun dia tetap akan keluar untuk memberi makan kepada kucing dan anjing tersebut kerana ia akan membuatkan Ann berasa lebih sihat.

Berikut adalah status yang dimuat naik oleh Azman Ali mengenai insan mulia itu.

Kita perlukan lebih ramai orang yang baik seperti pemuda itu. Semoga apa yang dilakukan akan menjadi inspirasi dan contoh buat semua.

Sumber: FACEBOOK | AZMAN ALI , mStar

Maybe you're interested :

Share

Video Popular