Di Selatan China, seorang wanita telah menyedari bahawa enam ekor udang harimau yang dibelinya pada Oktober tahun lalu mengandungi gel aneh yang disuntik pada bahagian kepala udang berkenaan.

Jika dilihat sekali imbas, bahan asing tersebut kelihatan tidak begitu ketara namun difahamkan tujuan kemasukan bahan gel itu adalah untuk menambah berat pada udang sekali gus membolehkan penjual meraih keuntungan yang lebih tinggi.

GreenMe /Weibo

Penemuan mengejutkan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat memandangkan China merupakan pengeksport makanan laut ketiga terbesar kepada negara berkenaan. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh U.S. Census Bureau, hampir RM621 juta nilai udang telah diimport dari China pada Januari hingga Oktober 2015.

Berita mengenai suntikan gel pada udang telah pun menular pada tahun 2005. Sedekad kemudian iaitu pada Disember 2015, satu amaran telah dikeluarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah yang menegaskan bahawa terdapat ‘dadah haiwan baru dan/atau bahan pengawet tidak selamat’ terkandung di dalam makanan laut yang diimport dari China.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati gel berkenaan adalah selamat dimakan kerana mengandungi kolagen yang diekstrak daripada tulang dan kulit haiwan. Akan tetapi, pakar pemakanan khuatir sekiranya isu ini akan menjadi satu masalah besar memandangkan operasi suntikan gel itu dilakukan tanpa pemantauan pihak berwajib.

“Gel perindustrian digunakan untuk perabot, cat dan mengandungi logam berat seperti plumbum dan merkuri yang boleh menjejaskan hati dan darah selain berpotensi menyebabkan kanser,” kata Wu Wenhui, seorang profesor di Universiti Shanghai Ocean.

Video di bawah memaparkan suntikan gel itu dilakukan:

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular