Baru-baru ini, ramai netizen memuji penampilan pelakon Datin Paduka Eina Azman kerana baju kurung yang digayakannya ke sebuah majlis perkahwinan.

 

View this post on Instagram

 

Congrats n happy always @fashasandha @itsaidilaziz 💋 @datopadukakaiser #aidilfasha

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

eina_azman/Instagram

Rata-rata netizen memuji fesyen yang digayakannya walaupun dengan hanya memakai baju kurung kain kapas yang ringkas.

 

Walau bagaimanapun, kerana status pelakon berusia 24 tahun ini, ramai netizen yang beranggapan bahawa pakaiannya pastinya dihasilkan daripada material yang berkualiti tinggi dan mempunyai harga yang mahal. Tetapi ternyata sangkaan netizen terhadap beliau sama sekali meleset kerana menurutnya, semua baju kurung kain kapas yang digayakannya hanya dibeli di reruai (booth) yang terdapat di pasaraya harga patut, Mydin dengan harga RM 50.00 sepasang.

 

View this post on Instagram

 

Happy Friday 🌈

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

eina_azman/Instagram

Pendedahan itu dibuat ketika menjawab salah satu komen pengikutnya di laman rasmi Instagram beliau yang memuat naik gambarnya menggayakan baju kurung kain kapas baru-baru ini.

eina_azman/Instagram

eina_azman/Instagram

Sememangnya, pernyataannya itu telah mengundang rasa teruja para netizen yang langsung tidak menyangka akan perkara itu.

eina_azman/Instagram

eina_azman/Instagram

Disebabkan hal itu, ramai netizen yang mula menyatakan bahawa Datin Paduka Eina merupakan seorang yang merendah diri walaupun mempunyai pangkat yang tinggi.

eina_azman/Instagram

Sumber: Oh My Media, eina_azman/Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular