KUALA LUMPUR –  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan umat Islam supaya tidak membazir di bazar Ramadan dengan membeli lebih daripada apa yang boleh dimakan di sepanjang bulan Ramadan.

Dalam satu rakaman mesej sempena bulan Ramadan pada hari Ahad, 5 Mei, Perdana Menteri juga mengatakan bahawa beliau berharap bulan puasa tidak hanya dianggap sebagai bulan untuk menambah pahala dengan beribadah, tetapi juga sebagai bulan pengajaran kepada umat Islam mengenai kepentingan mengawal nafsu.

The Star

Menurut Tun Dr Mahathir, “Semasa di bulan puasa, biasanya kita akan mempunyai bazar Ramadan. Di bazar ini, banyak jenis makanan akan dijual. Kadang-kadang kita terpengaruh dan membeli lebih banyak daripada yang kita perlukan dan biasanya makan.”

Tambahnya, “Walaupun kita menyedari bahawa peniaga di pasar Ramadan ingin mendapatkan pendapatan yang lebih baik di bulan Ramadan tetapi pada masa yang sama, kita mesti mengawal diri supaya tidak membazirkan sedikit wang yang kita ada.”

backpackingmalaysia.com / Gambar Hiasan

“Saya berharap bulan puasa ini bukan hanya menjadi ibadah tetapi juga sebagai pelajaran tentang kepentingan mengawal hawa nafsu kita,” ujar Tun Dr Mahathir.

Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa apabila seseorang dapat mengawal keinginan diri, mereka akan menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama dan masyarakat.

Katanya, “Kita semua berharap puasa sebagai satu ibadah yang penting dalam membentuk peribadi kita. Kerana bulan puasa mengajar kita untuk mengawal diri daripada melakukan apa-apa yang dilarang oleh Islam seperti makan dan minum, tetapi ada banyak perkara lain yang kita perlu kawal juga.”

@chedetofficial/Twitter

“Saya berharap kita semua akan menjadi manusia yang lebih baik hasil daripada kawalan diri yang kita amalkan,” katanya.

Umat ​​Islam di Malaysia mula berpuasa pada hari Isnin, 6 Mei 2019, seperti yang diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Tonton video di bawah.

@chedetofficial/Twitter

Sumber : The Star@chedetofficial/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular