Memakai gincu adalah satu kemestian buat setiap gadis dan wanita. Pelbagai produk kosmetik di luar sana menawarkan aneka bentuk dan warna bersama kualitinya yang tersendiri. Terdapat juga syarikat kosmetik yang ingin mengejar keindahan tetapi tidak terkecuali mahu menampilkan sedikit kecomelan dan kelucuan untuk menarik perhatian pelanggan.

Jenama kosmetik “PAUL & JOE” telah melancarkan gincu mereka yang menarik dalam bentuk rupa kucing yang comel. Maka ramai anak gadis dan wanita yang berasa tidak tertahan lalu terus membelinya.

Produk “PAUL & JOE Beaute” menampilkan gincu kucing yang comel dan ia menjadi gincu popular di kalangan pelanggan wanita.

Pelbagai pilihan warna gincu dengan wajah kucing yang comel, sesiapa sahaja pasti teringin untuk membelinya.

@pyonsurinko/Twitter

Walau bagaimanapun, beberapa orang netizen telah berkongsi perkara menarik di laman Twitter mereka selepas mula menggunakan gincu ini. Pada peringkat permulaan penggunaan gincu kucing, ini adalah rupanya…

@pyonsurinko/Twitter

Selepas menggunakannya buat beberapa waktu, telinga kucing pun telah hilang…

@pyonsurinko/Twitter

Kedua telinga kucing telah hilang dan wajah kucing juga mengalami perubahan kepada rupa ini… anjing laut kah?

@pyonsurinko/Twitter

Maka gincu kucing yang asal akan bertukar menjadi bentuk rupa anjing laut atau singa laut selepas ia digunakan. Akhirnya anda akan tertawa sendiri melihatnya.

Tidak tahu sama ada sememangnya ia idea yang disengajakan oleh pereka gincu ini atau syarikat pengeluar kosmetiknya yang bijaksana dalam mengeluarkan produk, atau ia hanya satu kebetulan.

Sumber : Cocomy@pyonsurinko/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI Ria

Video Popular