Setiap haiwan peliharaan tidak kiralah sama ada kucing, anjing, burung mahupun arnab pasti memiliki kelakuan tertentu yang sentiasa menarik hati kita semua.

Disebabkan itulah ada segelintir individu yang cintakan binatang dan akan memberikan sepenuh kasih sayang kepada haiwan kesayangan masing-masing.

Baru-baru ini, tular satu kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Haryanto Pherwhirra Ramadhani mengenai gelagat kucingnya. Menerusi perkongsian berkenaan, Haryanto telah memarahi kucingnya yang telah menggigit kabel fon telinga miliknya sehingga putus.

@twitkocheng|Twitter

Menurut ceritanya, kenakalan kucingnya itu telah menyebabkan Haryanto marah lalu membebel sendirian kepada si kucing. Selepas dimarahi oleh tuannya, kucing tersebut bertindak keluar dari rumah dan kira-kira sejam kemudian, kucing ini kembali ke rumah dengan membawa ‘hadiah istimewa’ buat tuannya.

@twitkocheng|Twitter

‘Hadiah’ tersebut adalah seekor anak ular! Mungkin kerana ingin memujuk dan mengambil semula hati si tuan, kucing ini telah bertindak menangkap seekor ular lalu membawanya pulang ke rumah sebagai hadiah!

Kelakuan yang sungguh tidak dijangka!

@twitkocheng|Twitter

Ramai netizen turut enggan melepaskan peluang untuk memuat naik komen-komen kerana begitu terhibur dengan gelagat kucing yang comel ini.

“Kasihannya kena marah. Bawa anak ular sebagai ganti.”

“Comelnya muka tak bersalah sangat…”

Semoga kedua-dua tuan dan kucing ini dapat berdamai selepas ini ya?

Sumber: @twitkocheng|Twitter, ERAHaryanto Pherwhirra Ramadhani/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular