Mungkin ramai yang pernah tengok video kanak-kanak Jepun dalam rancangan realiti mereka, bukan?

Negara tersebut sangat terkenal dengan sikap mereka yang rajin, berdisiplin dan pandai di mana telah pun diterap dalam diri mereka semenjak dari kecil lagi. Anak-anak yang bijak itu datangnya daripada didikan dan dorongan ibu bapanya.

Seorang pengguna Facebook, Baharuddin Mohamed, pernah berkongsikan tips cara orang Jepun yang pasti boleh membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak dengan lebih baik.

Raw Pixel

Baharuddin menyarankan agar ibu bapa meniru cara dan teknik yang digunakan orang Jepun dalam mendidik anak-anak mereka. Dia juga menggalakkan ibu bapa untuk mempraktikkan penggunaan otak sebelah kanan anak-anak yang mana dipercayai lebih efektif jika dibandingkan dengan otak sebelah kiri.

Tokyo Times

1. Teknik merangsang otak

TimesOfIndia

Didik anak dengan menggunakan teknik merangsang otak kanan. Ini kerana, otak kanan mempunyai daya kreativiti yang amat tinggi manakala otak kiri pula adalah lebih cenderung kepada kira-kira dan fakta.

Hearing Health Matters

Berikan perkataan atau kata-kata yang positif kepada anak sewaktu mereka tidur-tidur ayam seperti “Ibu sayang Ali”. Anak pasti akan menyimpan memori imaginasi.

2. Teknik bermain

SeaTrade

Biasakan anak bermain dengan warna dan melukis di kertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan saja mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa Cina dan Jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak.

Seronok Belajar Di Rumah

Tak salah jika kita ikut benda yang baik untuk mendidik anak seperti yang dapat kita pelajari dari penggunaan penyepit semasa makan. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak kita.

3. Teknik imaginasi

Daily Parent

Anak-anak gemar bercerita tentang apa sahaja perkara dalam imaginasinya. Mereka memerlukan perhatian, oleh itu sebagai ibu bapa dengarkan celoteh mereka itu.

Hai Bunda

Gunakan pendekatan bercerita dengan mereka dan kemudian minta mereka sambungkan cerita itu. Biarkan cerita mereka menjadi merapu kerana itu adalah imaginasi mereka. Biarkan mereka berimaginasi kerana teknik imaginasi ini sangat baik untuk melatih otak kanan anak dalam mendidik anak.

4. Teknik teka-teki

100 Comments

Bermain teka-teki atau masukkan barang ke dalam kotak dan meminta anak-anak teka apakah barang yang terdapat dalam kotak itu. Teknik ini juga membuatkan mereka mula berfikir dan ini membantu mengaktifkan otak kanan.

Selain itu, ibu bapa juga disarankan untuk TIDAK menengking atau memarahi anak-anak dengan nada yang kuat.

Majalah PaMa

Jangan sesekali anda marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan di otak kanannya. Jangan biasakan berkata pada anak, ‘jangan buat itu’, ‘jangan buat ini’. Hal ini akan menyebabkan anak-anak itu takut untuk mencuba perkara yang baharu. Kesannya, apabila besar mereka sukar bercakap di khalayak ramai.

The Asian Parent

Tips ini dapat merangsang anak-anak supaya lebih fokus dan cepat pandai. Cuba anda praktikkan dan lihat perubahan yang akan dialami oleh anak anda, memang berkesan!

Berikut merupakan contoh video yang memaparkan kanak-kanak Jepun melakukan tugasan mereka dengan sendirinya:

StorageChannel|YouTube

Sumber: SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular