MOSCOW: Sekurang-kurang 41 penumpang termasuk dua kanak-kanak terkorban apabila sebuah pesawat terbakar di Lapangan Terbang Sheremetyevo di Moscow, Rusia, semalam.

Memetik agensi berita Xinhua sebagai berkata, pesawat penumpang Sukhoi Superjet 100 yang dalam perjalanan ke bandar Murmansk di barat laut Rusia itu terbakar, sebelum melakukan pendaratan cemas di lapangan berkenaan.

Wakil Jawatankuasa Jabatan Siasatan Antara Wilayah bagi Pengangkutan Moscow, Elena Markovskaya berkata, seramai 41 maut termasuk kanak-kanak manakala enam lagi dilaporkan cedera.

Astro Awani

Beliau berkata, pesawat berkenaan yang membawa 73 penumpang dan lima anak kapal itu berlepas dari Lapangan Terbang Sheremetyevo pada 6 petang waktu tempatan, sebelum membuat pendaratan kecemasan 40 minit kemudian.

“Terdapat 78 penumpang, termasuk anak kapal di dalam pesawat berkenaan.

“Menurut maklumat terkini yang diperoleh, 37 penumpang disahkan selamat,” Katanya dalam satu kenyataan.

Video yang mula tersebar di media sosial menunjukkan penumpang berlari lintang-pukang selepas membuat pendaratan cemas.

Imej rakaman yang dimuat naik di media sosial menunjukkan pesawat Sukhoi Superjet 100 milik Aeroflot itu  mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo dan kelihatan api serta asap tebal dari badan kapal terbang itu.

Rakaman berkenaan juga menunjukkan penumpang melompat turun menerusi pelampung kecemasan di bahagian depan, sebelum berlari menjauhi pesawat yang sedang terbakar, manakala asap hitam memenuhi ruang udara.

Lapangan terbang tersebut dalam satu kenyataan berkata, pesawat itu terpaksa berpatah balik akibat gangguan teknikal yang masih belum jelas puncanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan wilayah Moscow, Dmitry Matveyev, mengesahkan 11 penumpang pesawat itu cedera.

“Tiga daripada mereka sedang dirawat di hospital dan tidak mengalami kecederaan yang serius,” katanya.

Sementara itu, pasukan penyiasat enggan mengulas lanjut mengenai punca kemalangan itu.

Jurucakapnya Dmitry Peskov berkata, Presiden Russia, Vladimit Putin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Dmitry Medvedev telah mengarahkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan segera untuk menyiasat insiden terbabit.

Menurut pihak berkuasa, jet yang membawa 73 penumpang, termasuk lima anak kapal dilaporkan baru berlepas dari Sheremetyevo, ketika anak kapal mengeluarkan isyarat kecemasan.

“Sebaik sahaja berlepas, anak kapal melaporkan wujud masalah dan mengambil keputusan untuk berpatah balik ke lapangan terbang.

“Pada jam 6.30 petang (waktu tempatan), pesawat itu membuat pendaratan cemas,” kata lapangan terbang itu dalam satu kenyataan.

Sumber: AFP, Bernama, Awani

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular