Membuang barangan yang masih boleh digunakan atau berfungsi dengan baik adalah satu pembaziran. Daripada kita membuang barangan tersebut lebih baik diberikan kepada orang lain. Siapa tahu mungkin orang lain memerlukan barangan yang kita hendak buang itu? Atau mungkin dengan barang tersebut dapat memberikan kehidupan baharu kepada mereka?

Mari lihat 15 orang bertuah yang menemui barangan bernilai di tempat pembuangan sampah.

1. “Duit ini ditemui dalam kad hari lahir seseorang yang tidak pernah dibuka”

Deviantass123 / reddit

2. “Kerusi yang cukup sempurna digunakan untuk bermain permainan video.”

alyssadujour / reddit

3. “Menemui sebuah sofa lama. Saya hanya perlu mengubah suainya sedikit.” 

ssdgm6677 / reddit   &  ssdgm6677 / reddit

4. “Saya menemui televisyen Curved Samsung 4K 55 inci ini dan membaikinya dengan kos berjumlah RM 145.00. Kini ia nampak seperti televisyen baharu!”

Macdaddyfucboi / reddit

5. “Jam ini dikategorikan rosak kerana kancingnya patah. Saya membawa jam ini ke kedai jam dan mereka mengatakan ia tidak rosak. Orang yang membuangnya sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk membaiki kancing itu.”

miserlymistress / reddit

6. “Saya menemui pasu besar ini di tempat pembuangan sampah di Chinatown dan tidak akan melepaskannya!”

tangershon / reddit

7. “35 senapang paintball ditemui berdekatan dengan tong sampah. Separuh daripadanya masih berfungsi dengan baik dan selebihnya hanya picu yang rosak.”

AustinLA88 / reddit

8. “Ada orang yang membuang mesin membasuh pinggan ini. Mungkin berusia setahun dan jarang digunakan!”

winb415 / reddit

9. “MacBook Air ini ditemui dalam keadaan skrinnya sudah pecah tetapi masih berfungsi dengan baik pada external monitor

Ilikestuffandthingz / reddit

10. “Saya menemui patung burung kakak tua ini dan membawanya pulang ke rumah pada keesokan harinya.”

JoinedRedditForEsper / reddit & JoinedRedditForEsper / reddit

11. Semua alat solek jenama baharu dan belum dibuka ini ditemui berdekatan dengan tong sampah

Bessie-Boo / reddit

12. Tidak tahu siapakah yang membuang biola model Mendini MV300 yang masih berfungsi dengan baik ini

Aphk312 / reddit

13. “Almari ini ditemui di lorong. Beratnya berjuta-juta tan kerana tiangnya diperbuat daripada marmar sebenar.”

Literary_Octopus / reddit  & literaryoctopus / imgur

14. “Sistem pembesar suara bernilai RM 1,657.00 ini adalah ‘sampah’ termahal yang saya jumpa berdekatan dengan tong sampah di pangsapuri saya.”

Moonwalker917 / reddit

15. “Isteri saya perlukan basikal dan pasti dia akan menyukainya. Terima kasih kepada orang yang membuang basikal ini!”

HERMANNATOR85 / reddit

Untungnya dapat jumpa barang-barang berharga seperti ini!

Sumber: BRIGHT SIDE

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular