Lemon merupakan salah satu buah yang mempunyai pelbagai khasiat selain kaya dengan vitamin C! Selain digunakan dalam pelbagai masakan dan minuman, lemon juga merupakan salah satu tanaman yang boleh ditanam di rumah. Dengan ini, anda tidak lagi perlu bersusah-payah pergi ke pasaraya semata-mata untuk mendapatkan buah lemon…

Berikut adalah tips-tips mudah untuk mulakan penanaman pokok lemon di rumah anda.

#1 Pilih jenis pokok lemon: Biasa (standard) atau Katik

Balcony Garden Web

Ramai berpendapat pokok lemon tidak sesuai untuk ditanam di halaman rumah kerana ia boleh membesar setinggi 15 ke 20 kaki! Tetapi tahukah anda bahawa terdapat juga pokok lemon jenis katik yang sesuai ditanam di dalam pasu?

Anda boleh pergi ke nurseri tempatan dan membeli pokok lemon yang telah berusia sekurang-kurangnya tiga tahun. Tidak digalakkan untuk membeli benih lemon kerana ianya memakan masa sekitar empat tahun sebelum tanaman ini membuahkan hasil.

Antara pokok lemon katik yang sesuai ditanam di dalam pasu adalah Improved Meyer, Lisbon Lemon dan Dwarf Eureka.

#2 Memilih pasu yang sesuai

Pixabay

Anda harus menggunakan pasu yang bersaiz 25% lebih besar daripada akar tunjang pokok lemon tersebut. Pilihlah pasu yang diperbuat daripada tanah liat dan bukannya plastik. Hal ini kerana pasu daripada tanah liat adalah poros dan membolehkan air menyerap daripada bahagian sisi sekali gus membantu tumbesaran pokok lemon anda!

#3 Tukar pasu

Flickr/Mark Fowler

Pastikan anda menukar pasu bagi tanaman anda setiap tiga ke empat tahun. Jika anda tinggal di kawasan beriklim panas, pastikan anda sentiasa menyiram dan membaja pokok lemon anda. Satu lagi petunjuk untuk anda menukar pasu adalah apabila anda melihat akar pokok telah menjalar keluar dari bahagian lubang pasu. Pastikan pasu baharu itu lebih besar daripada pasu sebelumnya…

#4 Bekalan cahaya matahari

Heart and Vine

Pokok lemon memerlukan bekalan cahaya matahari yang mencukupi sekitar 7 ke 8 jam! Jika anda tanam pokok lemon di dalam rumah, pastikan anda meletakkannya di kawasan yang mempunyai akses cahaya matahari seperti di balkoni.

#5 Pengairan

eHow

Selain daripada bekalan cahaya matahari, air juga adalah penting bagi memastikan pokok lemon membesar dengan sihat. Namun begitu, jika pokok lemon anda terlebih atau terkurang bekalan air, daunnya akan bertukar menjadi kekuningan.

#6 Kelembapan

Villarena

Pokok lemon boleh tumbuh dengan baik pada paras 50% dan suhu optimum untuk menggalakkan tumbesarannya adalah di antara 10°C hingga 28°C. Meskipun pokok lemon masih boleh membesar dalam keadaan cuaca sejuk, suhu di bawah -1°C boleh mengancam tanaman ini kecuali jenis lemon Meyer yang mampu bertahan pada suhu -4°C.

#7 Baja

Wikipedia Commons

Pembajaan adalah satu perkara yang penting untuk menggalakkan tumbesaran pokok lemon sekali gus membantu menghasilkan lebih banyak buah. Gunakan baja khas yang khusus untuk tanaman sitrus.

#8 Mencantas

The Yard Post

Tanaman berdaun seperti ini perlu sentiasa dicantas. Potong pucuk pokok apabila dahannya telah mencecah 5 inci panjang. Namun harus diingatkan supaya hanya mencantas bahagian dahan yang mati kerana pokok menyimpan lebihan bekalan makanannya di dalam daun. Mencantas secara berlebihan dengan kaedah yang salah akan menghasilkan buah yang kurang berkualiti.

#9 Proses penuaian

Garden Zeus

Tanaman ini akan membuahkan hasil bergantung kepada musim dan juga jenis pokok. Tuai buah lemon yang anda rasakan mempunyai berat, lembut dan berwarna kuning sahaja.

Sumber: Balcony Garden Web

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular