Pemandangan di pulau dengan matahari yang indah pastinya sesuatu yang sukar untuk ditolak. Tambahan pula, dengan adanya kucing-kucing di sekeliling anda, pastinya ini adalah sebuah impian yang sangat membahagiakan.

@godslittlepeople|Facebook

Tahukah anda, tempat begini sememangnya wujud? Pulau Sysoshas di Greek hanya mempunyai penduduk seramai 20,000 orang dan merupakan tempat yang sangat sesuai untuk sesiapa yang mahu lari dari kesibukan bandar. Di pulau ini terdapat sebuah Pusat Perlindungan Kucing yang dijaga oleh seorang seniwati tempatan, Joan.

@godslittlepeople|Facebook

Joan dan suaminya menguruskan pusat perlindungan tersebut sejak tahun 2010. Walau bagaimanapun, mereka fikir bahawa mereka mahu berubah angin dan berpindah ke tempat lain, tetapi mereka tetap mahu warisan mereka kekal utuh. Oleh itu, mereka memerlukan seseorang untuk mengambil alih tugas melindungi kucing di pulau itu.

@godslittlepeople|Facebook

Jika anda merupakan seorang atau mantan doktor haiwan terlatih mahupun jururawat – anda mendapat keutamaan dalam pemilihan jawatan ini! Jawatan ini boleh memberikan anda pendapatan kira-kira $560 (RM 2,316) sebulan, dan anda juga mendapat sebuah rumah dan taman yang indah bersekali dengan tugas yang menarik ini!

@godslittlepeople|Facebook

Adakah anda fikir anda boleh menjaga 55 ekor kucing? Cubalah memohon! Walau bagaimanapun, terdapat satu syarat lain – anda mesti boleh memandu kenderaan supaya anda boleh memandu kereta keluarga (termasuk juga di dalam tawaran) ke klinik haiwan jika perlu.

Sumber: @godslittlepeople|Facebookhappiest.net

Maybe you're interested :

Share

Video Popular