Sesiapa yang pernah mengambil ujian breathalyser pasti mengetahui bahawa ia adalah cara yang boleh dipercayai bagi pihak polis menentukan siapa yang telah memandu di bawah pengaruh alkohol dalam memastikan jalan raya sentiasa selamat untuk pengguna lain.

Walau bagaimanapun, nampaknya alkohol bukanlah satu-satunya perkara yang boleh menjejaskan bacaan pada breathalyser kerana makan durian juga boleh melakukannya! Bagaimana ya?

Medic Source

Berdasarkan video tular oleh Pear Video , seorang lelaki yang tidak dikenali dari daerah Rudong, di wilayah timur Jiangsu, China telah ditahan oleh beberapa pegawai polis semasa dia sedang memandu dalam keadaan mencurigakan pada 17 April.

Mereka mengesyaki bahawa dia memandu di bawah pengaruh alkohol dan memintanya untuk mengambil ujian breathalyser.

Apa yang mengejutkan, lelaki ini telah gagal ujian breathalyser dan pegawai polis memintanya untuk turun dari kereta dan bertanya kepadanya berapa banyak alkohol yang dia telah ambil.

Dia turun dengan berat hati sambil membantah keras dengan berkata, “Mana ada, saya baru saja makan durian!”

Pear Video

Pihak polis tidak berpuas hati lalu memutuskan untuk memberinya ujian darah susulan untuk menentukan sama ada dia benar-benar tidak bersalah dan mendapati bahawa lelaki ini sebenarnya telah mengatakan kebenaran.

Hasilnya menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai kandungan alkohol dalam sistem badannya dan ini telah membingungkan polis.

Oleh itu, pihak polis tempatan telah memutuskan untuk menjalankan ujian itu sendiri pada 29 April untuk melihat sama ada dakwaan lelaki itu benar ataupun tidak.

Seorang pegawai polis bernama Yu Pengxiang telah memakan beberapa biji durian dan dengan segera melakukan ujian itu yang mengesahkan bahawa paras alkoholnya adalah 36mg setiap 100ml

Pear Video

Tiga minit kemudian, Yu diuji semula dan breathalyser menunjukkan bahawa tahap alkohol darahnya menurun kepada sifar. Tahap yang ditetapkan dalam undang-undang untuk kepekatan alkohol darah di China adalah 0.02%, iaitu kira-kira 20mg setiap 100ml.

Pear Video

Hasil ujian ini telah menarik perhatian bahawa para pemandu dinasihatkan supaya tidak memakan buah durian semasa memandu dan juga mengatakan bahawa sesetengah cecair pencuci mulut tertentu dan buah laici juga boleh mencetuskan kecelaruan ujian breathlyser. Tidak jelas apa yang menyebabkan reaksi positif ini pada alat breathlyser.

Sky News

Netizen di China berasa bimbang ekoran insiden ini, dengan mengatakan bahawa pihak polis perlu memohon maaf kepada lelaki itu. Sesetengah daripada mereka berkata bahawa alat breathalyser itu tidak boleh dipercayai atau mungkin alatnya sudah lama dan ketinggalan zaman.

Lihat susulan video di bawah:

LatestNews|YouTube

Sumber : Pear Video , World of Buzz

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular