Adakah anda bersetuju dengan pendapat yang menyatakan pekerja majlis perbandaran berhadapan dengan salah satu tugas yang paling mencabar di Malaysia kerana mereka perlu mengharungi hujan dan panas demi memastikan kawasan sekitar sentiasa bersih.

Justeru, bagi menghargai jasa-jasa pekerja ini, sebuah restoran yang terletak di Little India, Georgetown telah mengadakan satu jamuan khas bagi meraikan para pekerja ini bersempena dengan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

The Star

Menurut laporan The Star, rakan kongsi bagi Bite ‘N’ Eat Sdn Bhd iaitu J. Kapil Sharma sangat mengagumi usaha dan kerja keras para pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam memastikan kawasan sekitar dan jalan raya kekal bersih sekali gus mengundang lebih ramai pelanggan untuk makan di restorannya.

Oleh demikian, J. Kapil telah mengambil keputusan untuk mengadakan jamuan secara kecil-kecilan dengan menjemput semua pekerja MBPP untuk makan di restorannya secara PERCUMA!

“Kami telah berniaga di Penang Street selama lebih setahun dan kami sedar dedikasi mereka (pekerja MBPP). Dengan memastikan seluruh kawasan sentiasa bersih sepanjang hari, mereka turut membantu menggalakkan lebih ramai pelanggan ke restoran ini. Kami ingin memberikan penghargaan dengan menghidangkan makanan briyani di restoran kami.”

Seramai 31 pekerja MBPP hadir ke jamuan tersebut manakala 30 lagi tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu. Bagaimanapun, pihak restoran telah melakukan inisiatif lain dengan membungkuskan kesemua makanan tersebut untuk diberikan kepada mereka yang tidak dapat hadir…

Buletin Mutiara

Antara sajian yang dihidangkan adalah hidangan terkenal mereka iaitu briyani Dindugal yang berasal dari Dindugal, Tamil Nadu!

Pengarah Jabatan Perkhidmatan MBPP iaitu Mubarak Junus turut tampil mengucapkan terima kasih dan memuji kebaikan yang ditunjukkan oleh pihak restoran terbabit. Beliau turut berharap agar usaha Bite ‘N’ Eat Dindugal Briyani ini menjadi contoh kepada syarikat lain untuk turut menganjurkan majlis amal seperti itu dan jadikannya sebagai salah satu ‘tanggungjawab sosial’.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular