Sebuah keluarga yang tinggal di Sydney Australia berasa cukup bertuah kerana dikelilingi hidupan liar. Antara haiwan liar yang ditemui di halaman belakang rumah mereka ialah naga air timur (eastern water dragon).

Pada mulanya haiwan itu dilihat berenang di dalam kolam mereka dan kini mereka boleh melihatnya di mana-mana.

Pada November tahun lalu, mereka melihat seekor naga air timur betina di dalam sebuah pasu yang berdekatan dengan kolam. Rupa-rupanya naga air timur itu sedang bertelur di situ.

Annette Scholtz

Selepas menemui tempat haiwan itu bertelur, keluarga tersebut menimbus telur itu dengan tanah dan mula melakukan carian di Google tentang penjagaan dan waktu telur naga air timur itu akan menetas.

Annette Scholtz

Semakin telur tersebut menghampiri waktu penetasan, mereka sekeluarga memberi perhatian teliti kepada telur-telur tersebut. 4 daripada 9 biji telur itu kelihatan dalam keadaan baik manakala 5 biji telur lagi kelihatan tidak subur dan semuanya berkerut.

Annette Scholtz

Mereka kemudiannya menempatkan telur-telur tersebut yang semakin lembut di dalam terrarium yang mereka sediakan untuk haiwan berkenaan. Telur yang semakin lembut itu bermaksud masa penetasan hampir tiba.

Proses penetasan telur biasanya berlaku di tanah namun mereka bertindak dengan mengalihkan telur-telur tersebut kerana mahu menyaksikan proses tersebut di depan mata.

Pada suatu hari, telur-telur itu menetas dan mereka berasa gembira kerana menjadi sebahagian daripada kejadian yang menakjubkan itu.

Cadangan mereka ialah untuk melepaskan anak-anak naga air timur itu selepas semuanya menetas dan dalam masa yang sama, merakam sebanyak yang boleh pengalaman yang sungguh bermakna itu.

Annette Scholtz

Anak naga air timur yang pertama diberi nama Khalesi

Annette Scholtz

Saiz anak naga air timur yang baru menetas adalah lebih kurang sebesar kotak mancis

Annette Scholtz

Pada keesokan harinya, telur yang kedua pula menetas

Annette Scholtz

Menunggu masa untuk telur ketiga pula menetas

Annette Scholtz

Inilah tiga ekor anak naga air timur

Annette Scholtz

Akhirnya keempat-empat telur tersebut menetas dengan jayanya

Annette Scholtz

Semua anak-anak naga air timur ini sudah bersedia untuk dilepaskan di halaman belakang rumah mereka.

Annette Scholtz

Ini adalah gambar ‘ayah’ naga air timur dengan dadanya yang berwarna merah

Annette Scholtz

‘Ibu’ naga air timur pula bersaiz sedikit kecil daripada si ‘ayah’

Annette Scholtz

Sumber: BORED PANDA

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular