Seorang pelajar dari Amerika Syarikat berusia 18 tahun memenangi perlumbaan larian pecut 100 meter dengan catatan masa yang hanya 0.4 saat lebih perlahan daripada pemegang rekod dunia Usain Bolt.

Matthew Boling mengejutkan para penonton dalam perlumbaan luar biasa itu dengan catatan masa 9.98 saat, yang dengan mudah meninggalkan pelari pecut lain dalam perlumbaan di sebuah kejohanan olahraga di Houston, Texas.

LADBible

Sayangnya bagi pelajar Kolej Strake Jesuit ini, masanya tidak dikelaskan serta dicatatkan sebagai rekod rasmi kerana angin 4.2mph di belakangnya, tetapi catatan masa itu masih menjadi masa terpantas bagi mana-mana warga Amerika Syarikat di bawah usia 20 tahun yang pernah dicapai.

Matthew Boling yang diberi nama jolokan ‘White Lightning’ ekoran kelajuan lariannya itu, dan kita semua dapat melihat mengapa.

Matthew bercadang untuk melayakkan diri bagi mewakili negaranya pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dan jika dia meneruskan lariannya dengan catatan masa konsisten dengan kemajuan, matlamat itu mungkin akan dicapai.

NFHS Network

Walau bagaimanapun, rekod rasmi untuk warga Amerika Syarikat di bawah usia 20 tahun dalam larian 100 meter masih milik Trentavis Friday yang melakukan pecutan dengan jarak 10 saat pada tahun 2014.

Selepas melihat aksinya di trek, Matthew memberitahu Houston Chronicle, “Perasaannya pasti terasa baik. Saya bermula cukup baik dan apabila memecut saya tahu ia akan menjadi pantas, jadi saya memutuskan untuk mengubahnya sedikit dan berlari dalam keadaan terbaik. Saya berasa amat gembira dengan catatan masa itu.”

Tambah Matthew, “Saya hanya perlu bersiap sedia untuk empat saat pertama di mana saya berasa gugup dan kemudian selepas itu semuanya berjalan dengan lancar.”

Itu menjadi cukup adil. Dia mempunyai hak untuk berasa gembira dengan masa itu, walaupun angin sedikit membantu.

 

NFHS Network

Jadi, apa yang seterusnya untuk pelari pecut muda ini? Dengan impian Sukan Olimpik, Matthew Boling merancang untuk memasuki Universiti Georgia pada bulan September dan mungkin menyertai kejohanan olahraga dengan segera bersama pasukan pelari pecut NCAA.

Matthew juga mempersiapkan diri selama dua minggu untuk bersiap sedia bertemu pelari pecut lain di final kejohanan olahraga negeri Texas. Anda bayangkan wajah pesaingnya yang mungkin berasa agak gentar bertemu Matthew kelak.

Daripada nama jolokannya Matthew menambah: “Ada orang yang memanggil saya ‘bogeyman’ dan saya juga mendengar beberapa orang yang memanggil saya ‘horseman’, saya telah mendengar macam-macam perkara.”

NFHS Network

Tambahnya, “Saya fikir saya lebih suka dikenali sebagai ‘White Lightning’ daripada dipanggil ‘bogeyman’ atau ‘horseman’. Terpulang kepada citarasa peribadi mereka.

Sememangnya, ayah Matthew yang paling berbangga dengan pencapaian anaknya. Mark Boling memberitahu bahawa kelajuan pecutan anaknya dalam kejohanan olahraga itu pastinya bukan perkara genetik. Katanya, “Dia hanya mempunyai etika kerja yang melebihi apa yang saya pernah lihat daripada sesiapa.”

PA

Seperti yang anda tahu, perkara penting yang amat diperlukan ialah kerja keras dan usaha yang gigih sekiranya anda ingin mendekati rekod ‘Lightning’ Bolt.

Lihat acara pecut Matthew yang hampir menyamai rekod Bolt di bawah:

TexanLive|YouTube

Sumber : LADBible

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI SUKAN VIDEO

Video Popular