Lebih daripada 41,000 peserta London Maraton 2019 yang baru sahaja berlangsung telah diberikan kantung air biodegredasi dan boleh dimakan bagi menggantikan penggunaan botol minuman plastik. Sebelum ini, pihak penganjur maraton difahamkan mengalami dilema ekoran ribuan botol plastik telah dibuang pada setiap tahun.

Pada tahun 2018 sahaja, sebanyak 920,000 botol plastik telah digunakan oleh peserta London Maraton dan jumlah sisa plastik berkenaan semakin lama semakin membimbangkan di mana ia mengakibatkan pencemaran.

Paul Simpson

Hal ini kerana seperti yang kita sedia maklum, satu botol plastik memakan masa antara 450 hingga 1,000 tahun untuk diuraikan, jadi keadaan ini membuatkan orang ramai mahukan perubahan sebelum semuanya terlambat.

Oleh kerana itulah, pada tahun ini, London Maraton telah melakukan satu perubahan besar dalam acaranya. Pada tahun ini, mereka berkerjasama dengan jenama Skipping Rocks Lab yang mencipta kantung air boleh dimakan bernama Ooho bagi menggantikan botol plastik yang diberikan kepada para peserta.

Bored Panda

Kantung berkenaan diperbuat daripada rumpai laut dan hasilnya, ia tidak meninggalkan sebarang sisa pepejal kerana peserta boleh terus makan kantungnya setelah airnya habis diminum.

Namun jika kantung tersebut tidak dimakan, ia juga tidak akan meninggalkan sebarang sisa uraian. Dengan usaha ini, London Maraton telah berjaya mengurangkan penggunaan botol plastik sehingga 704,000 botol, sebaliknya memberikan kantung air boleh dimakan pada peserta larian pada batu ke-23 trek larian.

Bored Panda

Selain daripada air mineral, kantung air tersebut turut boleh menyimpan pelbagai jenis air yang lain seperti jus dan koktel. Menarik bukan?

Bored Panda

Selain dapat membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal, inovasi ini juga berguna dan amat sesuai untuk acara sebegini kerana para peserta tidak sesuai pula untuk membawa botol air ketika berlari, bukan? Jadi, kantung air ini merupakan solusi terbaik dalam keadaan tersebut.

Bored Panda

Penggunaan rumpai laut juga dianggap merupakan satu idea yang bernas kerana ianya mampan. Rumpai laut boleh membesar sebanyak 1 meter setiap hari dan ia membantu menyah-asidkan lautan. Difahamkan juga bahawa kantung air ini akan terurai sendiri selama 4-6 minggu tanpa sebarang sisa.

Syarikat Skipping Rocks Lab yang mula beroperasi di London pada tahun 2013 itu juga sedang dalam usaha untuk mengembangkan ciptaan inovatif mereka dalam menyimpan sos-sos menggunakan kaedah penyimpanan alternatif tanpa plastik untuk sayuran, buah-buahan dan produk bukan makanan yang lain.

Sumber: Bored PandaGyvenu Žaliai/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular