Menjadi perkara biasa apabila anda akan bergaduh sekali-sekala ketika berada di dalam perhubungan. Ia adalah sebahagian daripada proses yang membuat hubungan bersama pasangan menjadi lebih menarik. Selain itu, menjadi lumrah manusia, apa yang dikata kepala angin itu hanya perkara secara semulajadi. Bagaimanapun, tidak kira betapa buruknya pergaduhan itu, perkara yang paling penting adalah mencari jalan penyelesaian atau bersikap bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Seorang lelaki bernama Geraint Liu berkongsi beberapa tips berharga buat pasangan yang dia rasakan perlu diambil perhatian sebelum orang terpenting dalam hidup anda mula berasa kurang dihargai.

Geraint berkongsi bagaimana dia dan teman wanitanya baru-baru ini telah bertengkar kerana dia begitu fokus untuk bekerja keras dan tidak memberikan perhatian yang memadai buatnya untuk berasa dihargai. Masa beliau dipenuhkan dengan kerja, bertemu orang baru, memberi khidmat kepada pelanggan sedia ada dan menghasilkan konsep kewangan baru. Katanya, “Ia hanya begitu sibuk!”

iBelieve/Gambar Hiasan

Geraint menulis, “Ada masanya saya langsung tidak dapat membalas mesej teman wanita saya… Ada pula masanya saya hilang tanpa dikesan begitu sahaja kerana perlu fokus untuk menyelesaikan beberapa tugas…”

“Dan ada pula masa di mana jadual saya begitu penuh sehingga saya tidak dapat mencari masa untuk bertemu dengannya sepanjang minggu…”

Oleh kerana telah menjadi seorang lelaki yang sangat sibuk, satu pertengkaran telah berlaku selepas teman wanitanya membangkitkan isu dia tidak menghabiskan masa yang cukup berkualiti bersamanya dan hilang tanpa dikesan. Pada pandangan Geraint, dia bekerja keras demi memastikan kedua-dua mereka ‘mempunyai masa depan yang lebih cerah bersama-sama’.

Pasangan ini bertengkar beberapa kali dan mereka berusaha untuk saling melihat sudut pandangan dan perspektif satu sama lain. Dan tentu saja, ia hanya benar-benar ternampak mengecewakan.

Geraint mengakuinya dan berkata, “Saya hanya dapat melihat mengapa dia tidak memahami dengan melihat sudut perspektif saya dan mengapa dia mengutamakan masa kini dari masa depan kami. Dan saya pasti dia merasakan perkara yang sama juga tentang mengapa saya tidak dapat menghabiskan lebih banyak masa dengannya.”

Elite Daily/Gambar Hiasan

Memandangkan Geraint memberi lebih pemikiran dan mencermin serta mengimbau kembali hari-harinya yang ‘sibuk’ itu, dia menyedari satu perkara penting.

“Saya menyedari bahawa saya tidak menyatakan kebenaran …”

Sambil mengakuinya Geraint berkata, “Untuk mengatakan saya bekerja setiap minit sepanjang hari ia sudah pasti sesuatu yang mengarut … Untuk mengatakan bahawa saya sibuk sepanjang perjalanan ini, ia hanya satu alasan …”

Dia menjelaskan bagaimana boleh melakukan lebih baik kerana pada masa rehat, dia akan menyemak pemberitahuan Facebook dan Instagramnya, menonton beberapa video di YouTube dan Facebook hanya untuk melepaskan tekanan di tempat kerja, dan bukannya menggunakan masa untuk menjawab mesej teman wanitanya.

Dia mengakui kebenaran bahawa dia berbuat demikian secara tidak disengajakan, tetapi hanya ingin menikmati masa rehatnya dan melegakan pemikirannya sebelum kembali bekerja. Walau bagaimanapun, akhirnya dia mula melihat corak kepada rutin itu, bahawa masa sibuknya adalah masa di mana orang tersayang berasa paling diabaikan.

Katanya, “Jadi ini adalah peringatan kepada semua lelaki yang sibuk di luar sana. Saya faham bahawa kita sebagai lelaki mempunyai hasrat ini untuk melindungi dan menyediakan yang terbaik buat orang yang kita sayangi dengan sebaik mungkin. Itulah sebabnya kami merasa terdorong untuk bekerja keras untuk mereka demi memberi kehidupan terbaik yang mungkin dapat dicapai oleh kita.”

 

ct.org.tw

Akhir kata, Geraint membuat kesimpulan dalam mesejnya di Facebook dengan mengingatkan semua orang bahawa mereka tidak sepatutnya ditangkap dengan alasan kerja ketika mereka mengabaikan orang tersayang. Istilah sibuk tidak boleh menjadi alasan untuk mengabaikan mereka. Dia percaya bahawa jika seseorang benar-benar mengambil berat satu sama lain, dia akan menginginkan perkara yang terbaik untuk mereka bukan sahaja untuk masa akan datang, tetapi pada masa kini juga.

Geraint berpesan, “Ia adalah tanggungjawab kita untuk memastikan mereka berasa dihargai pada setiap masa, tidak kira pada masa kini dan masa depan.”

Maka, beringatlah kita untuk menjaga perasaan orang yang disayangi untuk membuat mereka terasa dihargai. Jika tidak, anda mungkin akan terlambat menyelamatkan perhubungan apabila sentiasa mengambil kesempatan dengan berkata terlalu sibuk bekerja untuk menghabiskan masa berkualiti bersama.

Sumber : Geraint Liu/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular