Baru-baru ini (April 2019), pakar mata dari Hospital Umum Tri-Perkhidmatan di Taiwan berkongsi kajian kes yang melibatkan pesakit paling muda yang pernah dirawati.

Kanak-kanak itu hanya berumur empat tahun tetapi sudah didiagnosis dengan masalah rabun jauh.

BBC/Gambar Hiasan

Menurut pakar, seperti yang dilaporkan oleh China Press, kedua ibu bapa kanak-kanak berkenaan bekerja dan mereka kekurangan masa untuk menjaga anak mereka.

Oleh itu, datuk dan nenek kanak-kanak itu telah mengambil alih tanggungjawab ini.

Seperti kebanyakan kanak-kanak lain, kanak-kanak lelaki ini aktif dan sentiasa memerlukan perhatian daripada datuk dan neneknya. Untuk memastikan kanak-kanak ini sentiasa tenang, dia diberi telefon pintar untuk bermain pada setiap hari selama mana yang diinginkannya.

Jadi kanak-kanak itu akhirnya menonton video dan bermain permainan di telefon pintar dalam kebanyakan masa lapangnya.

idownloadblog.com/Gambar Hiasan

Kemudian, pada suatu hari, kanak-kanak itu pulang ke rumah dengan ibu bapanya dan mula mengadu tentang pandangannya yang menjadi semakin kabur. Setelah menjalani pemeriksaan di hospital, dia didiagnosis dengan masalah rabun jauh sebanyak 650 darjah.

Oleh itu, doktor memberi amaran kepada ibu bapa bahawa melihat skrin telefon pada jarak dekat tidak hanya akan menyebabkan masalah rabun jauh, tetapi sinar biru juga akan mempercepatkan degenerasi makular, yang merupakan keadaan kesihatan yang tidak dapat dipulihkan yang biasanya dihidapi oleh warga emas yang akhirnya membawa kepada kehilangan penglihatan yang teruk.

AsiaOne/Gambar Hiasan

Meninggalkan anak-anak dengan telefon pintar adalah salah satu perkara paling buruk yang boleh kita lakukan untuk anak-anak kerana aktiviti ini sangat mempengaruhi kemahiran sosial mereka.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini telah menerbitkan panduan yang mengatakan bahawa kanak-kanak kecil tidak boleh dibenarkan menggunakan alat ini untuk lebih dari satu jam setiap hari.

Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan anak-anak kita selagi kita mampu melakukannya.

Sumber: China Press

Maybe you're interested :

Share

Video Popular