Jika anda menonton filem Spider-Man (tidak kiralah dibintangi oleh Tobey Maguire, Andrew Garfield mahupun Tom Holland), sudah tentu anda tahu dan pernah melihat akan jaring lelabah yang terhasil daripada sang adiwira berkenaan, bukan?

Gerak tangan ikonik daripada Spider-Man sudah tentunya sering ditiru sejak kita kecil lagi, namun sungguh menyedihkan apabila tiada apa yang keluar daripada pergelangan tangan kita.

Tidak seperti Spider-Man, kita tiada kuasa sakti yang membolehkan kita bergayut menggunakan jaring yang terhasil. Namun, seorang lelaki berusia 40 tahun ini nampak gayanya ingin membuktikan sesuatu yang mampu mengejutkan kita semua.

Hero Tech

Menurut Mothership.sg, lelaki disebalik laman Hero Tech di YouTube berkenaan memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan dirinya menghasilkan penembak jaring dengan tajuk ‘Web 12 Functional Thread Shooter’.

Hero Tech

Dengan peranti bewarna biru dan merah dilekatkan pada pergelangan tangannya, dia mendemonstrasikan bagaimana dia mula menembak keluar jaring daripada jenis nilon yang melekat pada objek yang ditembak. Dia kemudian dilihat menarik objek berkenaan sehingga ianya jatuh.

Hero Tech

Betul-betul mengagumkan! Ini sekaligus membuktikan bahawa jaring nilon tersebut mampu menampung berat tertentu. Jom lihat kehebatan jaring tersebut menerusi video di bawah:

Selain daripada video tersebut, di laman YouTubenya juga turut memaparkan satu video berdurasi 14 minit yang menunjukkan cara-cara bagi menghasilkan penembak jaring berkenaan – menggunakan plastik, spring, tali dan pelbagai lagi. Jadi, ayuh lihat dan anda bolehlah mula membuatnya. Berikut merupakan video berkenaan:

Namun, jika anda tidak mahu membuat sendiri tetapi teringin untuk mencubanya, anda juga boleh membeli peranti berkenaan dengan harga RM436 di Etsy. Namun, pembelian ini bersifat pra-tempahan dan ia hanya akan dihantar pada bulan Ogos 2019.

Etsy

Difahamkan setakat ini, ia telah pun menerima sebanyak 200 tempahan. Ini bermakna ramailah individu di luar sana yang begitu teringin untuk cuba menjadi seperti watak adiwira kegemaran mereka.

Sumber: Hero Tech|YouTube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular