Di dalam wad penjagaan pesakit itu, terdapat seorang pemuda yang berkaca mata, memegang kain kapas yang dilembapkan dengan air untuk melembapkan bibir ibunya supaya mulutnya tidak terlalu kering. Saluran gastro usus ibunya tidak dapat dicerna dengan baik. Dia mengurut perut ibunya untuk membantu penghadaman. Pemuda ini juga berhati-hati merapikan selimut untuk ibunya, menyikat dan mengusap rambut ibunya, mencium dahi ibunya dan membelai serta menepuknya untuk tidur seperti seorang anak kecil.

Department of Health and Welfare, Changhua Hospital /Facebook

Liu Xinhong, seorang mahasiswa dari Changhua, baru berusia 20 tahun yang melanjutkan pengajian di Universiti Huwei. Dia tidak benar-benar mengalami kehidupan berwarna-warni seorang pelajar universiti kerana mendapat tahu sel-sel kanser ibunya yang mengalami kanser kelenjar parotid pada pertengahan tahun lalu sedang merebak dan tubuhnya menjadi semakin lemah.

Anak muda ini sangat taat. Liu berfikir bahawa dia hanya ada seorang ibu, dan buku itu boleh dibaca lagi di masa hadapan. Oleh itu, Liu memohon untuk mengambil cuti pengajian pada awal tahun, demi untuk menemani ibunya dan menjaganya selama 24 jam sehari.

Department of Health and Welfare, Changhua Hospital /Facebook

Kemudian, ibunya terpaksa tinggal di wad penjagaan dan rawatan di hospital, dan Liu juga turut tinggal di hospital untuk menjaga ibunya. Kerana dia tahu bahawa kehidupan ibunya mungkin hanya mampu bertahan selama 24 jam atau bila-bila masa yang diizinkan Tuhan, jadi Liu  ingin menghargai masa itu dan cuba tinggal bersama ibunya serta menjaganya sepanjang masa.

“Orang selalu mengucapkan selamat tinggal setiap hari, dan saya cuba membuat orang hidup tanpa penyesalan,” katanya dalam nada emosi.

Department of Health and Welfare, Changhua Hospital /Facebook

Ketika dirinya masih kecil, ibunya banyak berkorban dan menghabiskan masa yang berkualiti untuk menjaga Liu Xinhong, menemaninya melakukan kerja sekolah dan pelbagai aktiviti lain. Sebaliknya, ketika Liu meningkat remaja dan sibuk bersekolah, dia tidak mempunyai banyak masa untuk menemani ibunya. Sememangnya tugas seorang ibu itu ialah menjaga keluarga dan diri mereka sendiri serta bertanggungjawab kepada anak-anak selama mana seorang ibu dikurniakan kesihatan yang baik.

Liu Xinhong /Facebook

Bagi diri Liu Xinhong, dia tidak boleh terus bersama ibunya setiap hari dan mengabaikan kesihatan sendiri, dan kadangkala adik lelaki Liu yang masih berada di sekolah menengah akan pergi ke hospital ketika mempunyai masa untuk menemani ibunya. Bapa Liu seorang pekerja di kilang besi berasa amat tertekan dengan situasi anak lelaki dan keluarganya, tetapi dia sangat bersyukur mempunyai seorang anak yang taat dan peka dengan masalah keluarga.

Ketika hari lahir Liu Xinhong, dia mengucapkan rasa terima kasih kepada ibunya kerana melahirkannya ke dunia, dan menjaganya dalam apa jua cara terbaik yang mungkin serta memberinya sepenuh kasih sayang. Liu menulis dalam Facebook, “Saya tidak tahu berapa hari saya dapat menemani ibu, jadi saya akan menghargai setiap saat bersama ibu.”

Rakan-rakan dan saudara-maranya merasa sangat tersentuh dan terharu, lalu memberikan kata-kata sokongan dan semangat buat Liu serta keluarganya.

 

Liu Xinhong/Facebook

Liu Xinhong, seorang anak muda yang taat dan memahami bahawa kematian adalah subjek yang harus dihadapi setiap individu. Oleh itu, dia tidak teragak-agak untuk membincangkan topik itu dengan menjaga ibunya sebaik mungkin. Harapannya bahawa ibunya menerima panggilan tirai terakhir yang sempurna, dan dia pula tidak akan menyesal ketika mengucapkan selamat tinggal.

Liu Xinhong belajar untuk memohon keberkatan daripada kesedihan serta bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada cinta dan kasih sayang. Kisahnya memberitahu kita bahawa cinta harus diberi dan diterima tepat pada masanya. Jangan menunggu sehingga orang-orang di sekeliling anda mengalami kesakitan, dan kemudian menyedari bahawa hari-hari bersama mereka kini semakin singkat.

Sayangi keluarga dan orang tersayang anda dengan sebaik mungkin.

Sumber: Liu Xinhong/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular