Acara sukan lari berganti-ganti merupakan antara acara yang cukup mencabar kerana dilakukan secara berkumpulan. Setiap peserta perlu mahir berlari sama ada di lorong lurus atau di selekoh. Dengan kemahiran tersebut mereka pasti dapat mengalahkan pasukan lain dengan mudah.

Acara ini memang mendapat perhatian ramai kerana tumpuan diberikan kepada setiap pelari. Begitu jugalah perhatian diberikan kepada pelari cilik dari Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu, Sungai Siput Perak apabila salah seorang peserta tersebut berlari berlawanan arah selepas mendapat baton dari rakan sepasukan.

Difahamkan murid perempuan yang bernama Aishah Long@Rudy yang merupakan anak Orang Asli Temiar sebenarnya tidak terlibat dalam acara 4X50 meter tersebut. Aishah hanya menggantikan tempat rakannya yang demam dan tidak datang ke sekolah.

Sebelum pertandingan 4X50 meter bermula, Aishah terlibat dalam acara sukaneka yang memerlukan dia berlari secara ulang alik. Mungkin disebabkan kekeliruan dan kali pertama menyertai acara lari berganti-ganti, Aishah telah berlari berlawanan arah.

Guru Penolong Kanan Pentadbiran sekolah tersebut, Megat Asrul Megat Mohamed Yusof berkata Aishah lari all-out secara lawan arah menyebabkan semua orang cemas. Guru-guru yang berada di sekitar pula terpaksa mengejar untuk menghentikan Aishah.

Biarpun larian bagi pasukan rumah sukan Aishah dibatalkan namun mereka tetap mendapat hadiah di tempat ketiga kerana hanya terdapat 3 buah rumah sukan yang bertanding.

Mohd Rassidee Mohd Rasid merupakan seorang guru dari SK Pos Perwor, Sungai Siput yang diundang ke hari sukan itu berkongsi pengalaman melucukan itu. Dia adalah guru yang turut mengejar Aishah sampai dapat. Katanya jika Aishah tidak salah arah, pasti pasukan mereka menang dalam acara itu.

Menurut Mohd Rassidee lagi, kejadian seumpama itu adalah perkara biasa yang berlaku di sekolah pedalaman. Ini kerana berlakunya masalah komunikasi di mana para pelajar kurang mahir berbahasa Melayu dan bahasa pengantar utama ialah Bahasa Temiar.

Biarpun perkara tersebut mencuit hati ramai orang namun apa yang mahu dikongsikan ialah murid pedalaman ini memang tulen dan lurus. Apa yang mereka lakukan adalah secara spontan dan disebabkan itulah mereka terhibur.

Tonton video tular Aishah lari berlawanan arah yang mencuit hati ini.

Sumber: mStar, Mohd Hafis Ismail/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular