Dengan aliran ekonomi yang tidak stabil buat masa ini, kebanyakan anak muda hanya mampu bermimpi untuk memiliki rumah mereka sendiri. Dengan harga rumah yang semakin meningkat dari tahun ke tahun dan tangga gaji yang meningkat dengan sangat perlahan, sememangnya menjadi cabaran besar buat anak muda untuk mengumpul aset mereka sendiri.

itestquiz.com

Menyedari akan masalah yang kian berleluasa ini, seorang arkitek dari Hong Kong telah berusaha mencari jalan penyelesaian kos rendah iaitu dengan membina rumah dari paip pembentung konkrit bertingkat yang dipanggil sebagai “O-Pod”.

Ciptaan ini dikhaskan untuk golongan muda yang mahu memiliki rumah sendiri.

itestquiz.com

Menurut statistik perunding Demografik Amerika Syarikat, Hong Kong telah tersenarai dalam “10 kawasan paling sukar untuk membeli rumah di dunia” untuk tujuh tahun berturut-turut.

Oleh itu, arkitek tempatan, James Law memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini melalui syarikatnya sendiri, James Law Cybertecture dan muncul dengan idea genius ini.

itestquiz.com

Ini adalah cara yang baik untuk menggunakan paip pembentung air bersaiz besar yang diubah suai fungsi sepenuhnya dan dikenali sebagai Rumah Tiub O-POD (O-POD Tube Housing).

Keluasan rumah ini adalah 100 kaki persegi dan boleh memuatkan 1 hingga 2 orang.

itestquiz.com

Rumah ini juga mampu terlindung daripada kebakaran, angin, kepanasan dan bunyi, serta dapat menahan tekanan yang luar biasa. Disamping itu, terdapat juga perabot asas, termasuk sofa yang boleh diubah menjadi katil, peti sejuk mini, dan lain-lain keperluan asas.

itestquiz.com

Bukan itu sahaja, rumah ini juga lengkap dengan kemudahan lain seperti dapur dan bilik mandi walaupun dalam ruangan paip yang terhad.

itestquiz.com

Diameter rumah paip air ini adalah kira-kira 2.5 meter. Oleh kerana saiznya tidak sama dengan rumah biasa, maka rumah ini boleh ditempatkan di lorong sempit antara bangunan dan rumah ini boleh disusun secara bertingkat-tingkat dan dihubungkan dengan tangga besi yang ringkas.

itestquiz.com

Oleh kerana rumah ini seberat 22 tan, tidak ada cara untuk menggerakkannya dengan mudah. ​Tetapi kerana ciri-ciri penstabilannya yang mudah, maka kos pemasangannya cenderung menjadi rendah.

itestquiz.com

Harga yang dicadangkan untuk setiap rumah ini ialah 120,000 Dolar Hong Kong (RM 63,263.63) dan masih dalam peringkat prototaip serta masih belum ada rancangan untuk pembinaan segera.

 Sumber: itestquiz.com

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular