Roti adalah antara makanan utama yang menjadi kegemaran ramai orang. Ada orang gemar makan roti berintikan sardin atau krim berperisa coklat, jagung, vanila dan lain-lain. Ada juga orang yang gemar makan roti kosong begitu sahaja.

Selain roti sedia ada, roti juga boleh dipelbagaikan menunya. Berikut adalah 10 resipi yang anda boleh masak dengan menggunakan roti sebagai bahan utama.

Roti Piza

Bahan-bahan:

  • Roti gandum
  • Keju mozarella atau keju cheddar
  • Udang
  • Vegetable granules
  • Sos tomato
  • Sayur campur

Cara-cara:

  1. Kopek kulit udang, basuh dan toskan.
  2. Rebus sayur campur.
  3. Letakkan sos tomato di atas roti.
  4. Letakkan udang, vegetable granules, keju mozzarella atau keju cheddar di atas roti tersebut.
  5. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah celsius dan bakar roti selama 10 minit.

Roti Sosej

Bahan-bahan:

  • 6 keping roti kosong
  • 3 batang sosej yang dibelah dua
  • Filet ketam
  • Kacang pis
  • Bawang besar dihiris nipis
  • 4 keping keju cheddar
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Mayonis

Cara-cara:

  1. Sapukan sos tomato pada roti.
  2. Letakkan sosej, filet ketam, bawang besar diiringi dengan keju dan sos cili dan mayonis.
  3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 10-15 minit.

Roti Sardin

Bahan-bahan:

  • Satu tin sardin
  • 1 biji bawang merah
  • Roti

Cara-cara:

  1. Hiris bawang dan layukan di dalam kuali.
  2. Masak sardin dan hancurkannya.
  3. Ambil roti dan letakkan sardin serta bawang di atasnya. Gulung roti tersebut dengan kemas.
  4. Goreng roti sardin di dalam minyak panas dan angkat apabila warnanya bertukar kekuningan.
  5. Sedia dihidangkan.

Roti keju gulung 

Bahan-bahan:

  • 10 keping biskut lemak
  • 5 batang sosej
  • 5 keping keju
  • 5 keping roti
  • 3 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Patahkan biskut dan hancurkannya menjadi serbuk.
  2. Pukul telur dan ketepikan.
  3. Ambil sekeping roti, letakkan keju dan sosej. Kemudian gulungkan roti tersebut.
  4. Celup roti di dalam telur dan golekkan roti gulung tersebut di dalam bekas yang berisi serbuk biskut tadi.
  5. Goreng roti gulung dengan minyak panas sehingga warna keemasan.
  6. Sedia untuk dihidangkan.

Roti keju

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Keju
  • Telur

Cara-cara:

  1. Potong tepi roti (ambil bahagian lembut berwarna putih sahaja) dan potong kepada dua bahagian.
  2. Letakkan roti berbentuk stick di atas roti.
  3. Sapukan telur di sekeliling roti dan ‘gam’kannya dengan menggunakan garpu.
  4. Goreng roti keju sehingga warna keemasan dan hidangkannya dengan sos.

Roti pisang gulung

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti
  • 1-2 biji telur
  • 1 biji pisang dibelah dua
  • Susu pekat

Cara-cara:

  1. Potong tepi roti dan panaskan di dalam microwave selama 30 saat untuk melembutkannya.
  2. Letakkan 1 bahagian pisang yang telah dibelah dua tadi di atas roti dan gulungkannya.
  3. Celupkan roti gulung itu ke dalam telur dan gorengkannya.
  4. Sedia dihidangkan bersama susu pekat.

Roti bakar Perancis

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti bakar
  • 3 biji telur
  • 150 ml susu
  • Gula
  • Garam

Cara-cara:

  1. Potong roti mengikut saiz yang anda suka (2 atau 4 bahagian)
  2. Pukul telur, susu, gula dan garam di dalam bekas dengan rata.
  3. Celupkan roti di dalam adunan telur tadi dan goreng sehingga warna keemasan.
  4. Sedia dihidangkan.

Roti bakar dengan salad telur

Bahan-bahan:

  • 3 keping roti bakar
  • 1 biji timun
  • 1 biji telur rebus
  • 30 gram salad
  • Serbuk lada hitam
  • Mayonis

Cara-cara:

  1. Kupas telur rebus dan hancurkannya dengan menggunakan garpu.
  2. Campurkan salad, mayonis dan serbuk lada hitam ke dalam telur. Gaul rata.
  3. Potong roti kepada dua bahagian dan letakkan salad telur di atasnya.
  4. Sedia dihidangkan.

Sandwich ringkas

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Telur
  • Timun
  • Keju

Cara-cara:

  1. Potong dan keluarkan bahagian tengah roti.
  2. Letakkan di atas kuali dan pecahkan telur di dalam bahagian roti yang berlubang itu.
  3. Tambahkan hirisan timun di atas telur
  4. Letakkan keju menutupi timun tersebut.
  5. Letakkan semula bahagian roti yang diketepikan tadi di atas keju.
  6. Goreng roti sehingga bertukar ke warna keemasan.
  7. Potong roti kepada dua bahagian dan sedia dihidangkan.

Roti tuna

Bahan-bahan:

  • Lobak merah
  • Jagung rebus
  • Kacang pis
  • Tuna
  • Keju
  • Roti Perancis
  • Garam

Cara-cara:

  1. Campurkan lobak merah yang dipotong dadu bersama kacang pis, jagung, garam dan tuna. Gaul rata.
  2. Potong roti perancis dan ketepikan.
  3. Letakkan campuran tuna di atas roti dan letakkan keju menutupi tuna tersebut.
  4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 15 minit.
  5. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: LEE SHARING

Maybe you're interested :

Share

Video Popular