HOUSTON – AMERIKA SYARIKAT. Sebuah kedai tilam telah melakukan pengiklanan mengenai jawatan kosong ‘Snoozeterns’ kepada mereka yang berminat.

Gambar sekadar hiasan

Mattress Firm berkata, mereka yang diambil bekerja akan menghabiskan 30 jam seminggu untuk menguji tilam, selain menghasilkan video reaksi untuk platform media sosial, MattressFirm.com.

MattressFirm

Selain itu, ‘Snoozeterns‘ turut dikehendaki menghasilkan video yang mengandungi tips untuk tidur serta menemuramah penduduk setempat berkaitan dengan tabiat tidur mereka.

Menurut kedai itu lagi, calon yang ideal harus mempunyai kemampuan untuk tidur tidak kira pada waktu siang atau malam. Mereka juga perlu memiliki kepakaran menggunakan aplikasi suntingan seperti Animoto, iMovie, Adobe Spark atau Final Cut Pro. – Agensi

Sumber: Sinar HarianSnoozeterns

Maybe you're interested :

Share

Video Popular