Masihkah anda ingat akan bintang cilik dengan senyuman comel meskipun tanpa gigi hadapannya? Iya, itulah Connie Talbot yang tampil dalam rancangan realtiti  televisyen, Britain’s Got Talent 2007 seawal usia 6 tahun.

Nyanyiannya ketika itu telah mengejutkan juri Amanda Holden dan ramai yang mengatakan bahawa dia akan memenangi rancangan tersebut namun nasib tidak menyebelahinya apabila Paul Potts telah dinobatkan sebagai juara.

Namun, semenjak itu Connie mula dikenali ramai bukan sahaja kerana bakatnya malah kerana senyuman comelnya tanpa gigi hadapan.

Selepas rancangan realiti tersebut berakhir, Connie telah dilamar oleh sebuah syarikat penerbitan, Rainbow Recording Company dan mula merakamkan album dan membuat konsert di merata tempat.

Connie juga mula belajar bermain piano dan gitar sebagai nilai tambah buatnya yang kini bergelar artis. Malah, Connie juga bercita-cita untuk menghasilkan lagunya sendiri.

Namun, kedua ibu bapanya memutuskan untuk memberi peluang kepada Connie menghabiskan pelajarannya seperti kanak-kanak lain.

Pada 2016, Connie tampil segar dengan album barunya, Matters To Me dan wajah baru yang nyata memikat hati para peminatnya.

Connie juga mempunyai akaun Youtube sendiri dan platform tersebut digunakan untuk berkongsi dengan para peminatnya tentang lagunya sendiri dan juga lagu-lagu dari penyanyi lain.

Seawal usia 16 tahun, Connie kini mempunyai pengikut lebih 18 juta di akaun Twitternya. Twitter menjadi tempat buat para peminat Connie mengetahui perkembangannya dari semasa ke semasa.

Siapa sangka, si kecil cilik dengan senyuman comel tanpa gigi hadapan kini telah meningkat remaja dengan rupa paras yang sangat menawan untuk kembali mengejar impiannya menjadi seorang selebriti yang berjaya.

Sama-samalah kita doakan kejayaan Connie untuk masa hadapannya.

ConnieTalbotOfficial/Youtube

ConnieTalbotVEVO/Youtube

Sumber: ConnieTalbotOfficial/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular