KUALA LUMPUR – Sebanyak 250 lesen penjaja terhad bermasa telah dikeluarkan oleh  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada para peniaga tepi jalan di sekitar ibu kota.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, lesen berkenaan telah mula dikeluarkan sejak 15 April lalu khas kepada para penjaja makanan dan minuman yang menjualnya secara bungkus.

sepasangkasutmerah.blogspot/Gambar Hiasan

Tambahnya lagi, tujuan lesen tersebut diwujudkan adalah untuk membolehkan pihak DBKL membuat pemantauan di kawasan setempat selain memberi peluang kepada program pemutihan lesen penjaja dilaksanakan secara sistematik.

foursquare/Gambar Hiasan

Setakat ini, sebanyak 500 permohonan telah diterima untuk mendapatkan lesen berkenaan. Bancian terkini oleh pihak DBKL yang melibatkan penjaja tepi jalan menunjukkan seramai 12,786 penjaja statik aktif berniaga di sekitar ibu kota, di mana 10,246 daripadanya mempunyai lesen dan baki 2,540 lagi tidak mempunyai lesen.

aliazhatulhijab.blogspot/Gambar Hiasan

Berkenaan dengan isu pembangunan Taman Rimba Kiara pula, beliau mengulas bahawa penduduk di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) diminta untuk mengemukakan kertas cadangan berhubung dengan pelan pembangunan kawasan itu, di mana mereka mempunyai tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.

Pemaju projek berkenaan menurutnya bersetuju untuk mengurangkan saiz dan jumlah penduduk pangsapuri dengan keluasan projek tersebut dikecilkan daripada 4.9 hektar kepada 3.2 hektar.

Kertas cadangan itu katanya akan diserahkan bersama pelan pembangunan yang dicadangkan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), DBKL dan pihak pemaju untuk kelulusan kabinet selewat-lewatnya akhir bulan Mei atau awal Jun.

Sumber: BERNAMA

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular