Lebih kurang beberapa hari sahaja lagi umat islam bakal menyambut bulan Ramadan, dan ia sememangnya merupakan waktu terbaik untuk membuat persiapan bagi menyambut bulan Syawal kelak.

Lazimnya, pada bulan puasa kaum wanita khasnya para suri rumah pasti sedang bertungkus lumus menghasilkan kuih raya di rumah.

Apa kata anda cuba buat biskut badam coklat seperti yang dikongsikan oleh Puan Rasilah Daud ini. Apa yang menariknya, ia hanya menggunakan 2 bahan iaitu badam cincang (1 kilogram) dan coklat masakan (1 kilogram).

(Contoh badam cincang yang boleh didapati di pasar raya)

(Ada juga badam yang dicincang kasar atau besar seperti ini)

(Coklat masakan yang sering digunakan oleh Puan Rasilah Daud)

Berikut merupakan cara-caranya:

#1. Panggang atau sangai kacang badam yang telah dicincang sehingga cukup masak.

Jika menggunakan ketuhar, panggang selama 20 minit dengan suhu 160 darjah dan jangan lupa membalik-balikkannya ya.

Puan Rasilah Daud

#2. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik ‘double boiler’

#3. Kemudian campurkan badam yang telah dipanggang atau disangai sebentar tadi ke dalam coklat yang telah dicairkan. Gaul sehingga rata

Puan Rasilah Daud

#4. Masukkan campuran tersebut ke dalam cawan kertas ataupun acuan mengikut kuantiti yang sesuai.

Puan Rasilah Daud

#5. Selepas itu, sejukkan dalam peti sejuk selama 2-3 minit agar ia dapat mengeras dengan lebih cepat. Kemudian barulah boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.

Puan Rasilah Daud

Jadi, tunggu apa lagi? Rugi jika tidak mencubanya. Anda tidak perlu bersusah payah menyukat bahan, mengayak dan menguli tepung serta pelbagai lagi. Jom buat biskut yang mudah ini!

Sumber: Puan Rasilah Daud/Facebook, Sirap Limau

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular